Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 26 Mac 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - Epik terbaikkkkk

Malam tadi dalam jam 9 malam, dengan iktikad dihati <- ayat tak boleh blah!!!, kitorang adik beradik;
Awwab (driver), aku (co-driver; layak ke?), Asim & Adik meredah malam hari menuju ke Seksyen 7, Shah Alam
menjemput Ipah (minah berselendang kulit ular sawa) untuk bersama-sama berpesta! Yeehaaaa!
Berpesta amende? Pergi tengok wayang tanpa tempah tiket sebab call punya call, punya call itu Golden Screen Cinemas (GSC) macam hampeh sebab dorang tak angkat tapi kredit hampir rm10 kena telan.
Macam #$%^&* je kan? Eh, ayat simbol-simbol tu bukan ayat carutan ok! Hohoho... Heee

Sampai One Utama (OU), Damansara hampir jam 11 malam.
Kat tempat parking tu tiba-tiba terperasanlah sepasang pasangan artis yang agak popular ini.
Dengar cerita dah bercerai tapi malam tadi nampak ok je, dah rujuk balik kot.
Apa pun suka tengok mereka berdua... :)

Redah punya redah, akhirnya dapat juga tiket Hikayat Merong Mahasuasa
eh bukan Mahasuasa tu 'pakcik' dia; Hikayat Merong Mahawangsa yang sebetulnya.
Dapat wayang untuk tayangan jam 11:20 malam.
Tempat duduk??? Semestinya kedua depan.. Warghhh! Tensen! Tapi nak buat macam mana, dah tu je seat yang hado. Nak pergi Cineleasure takut tak sempat.

Dahlah duduk depan-depan, kitorang bawa budak bawah umur walaupun klasifikasi filem itu untuk tatapan kanak-kanak atas 13 tahun, tiba-tiba pulak keluar iklan filem hantu. Hampir tercabut jantung den!
Seram gilaaaaaaa!
Filem Karak, konfem aku tak mahu tengok walaupun aku rasa cerita dia lebih seram daripada cerita Khurafat yang tak seram mana + merepek tuhhhh -___-"

Muka saya yang booooolat!
Asim, Ipah & Adik
Kami berlima yang comelll... ngeh2



Hikayat Merong Mahawangsa

Dah habis tengok gambar tak fofuler itu?
Saja je nak buat jahat letak gambar tak berfaedah banyak-banyak... ngeh ngeh ngeh.
Dahlah semua gambar dekat parking. Kih kih kih.
Kalau dah namanya seni, mana-mana pun boleh bergambar.... Lalalala




Sinopsis:
Semua orang tahu kisah Merong Mahawangsa adalah bukan dongengan tetapi merupakan sebuah fakta sejarah.
SEJARAH ok! Cuma ceritanya ada banyak versi. Maka sukahati KRU Studios lah nak buat versi yang mana.
Permulaan cerita apabila Putera Marcus Carprinius dari Rom datang ke Goa, India untuk mencari seseorang yang boleh membawa dia ke Semenanjung Emas untuk bertemu dengan bakal isterinya; Puteri Meng Li Hua.

Setelah beberapa adegan, maka Merong dengan terpaksanya mengikut kehendak Putera dari Rom itu iaitu menjadi bodyguard lah kalau ikut bahasa moden sekarang...
Entah macam mana, pertemuan itu menjadi kacau-bilau apabila Kamawas dan orang-orang Geruda-nya membuat angkara dengan menculik puteri yang chantekkk itu.
Dalam pertarungan itu, Putera Marcus tewas kerana ditusuk dengan pedang Kamawas durjana *wahh dah macam ayat komik Pedang Setiawan lah! ekekeke*

Jadi, matlamat Merong selepas itu ialah ingin membalas dendam terhadap Kamawas yang telah membunuh Putera Marcus, menyelamatkan Puteri Li Hua dan mencari makna tersirat rangkap pantun yang sering didendangkan oleh ibunya ketika dia masih kecil.
Sepatah haram dia tak faham maksud pantun yang berbunyi;

"SAMPAI MASA TIBANYA WAKTU,
REDUP HATI KAUM BERDUA,
BILA DUA JASAD BERSATU,
HIDUP MATI JADI BERSAMA"

Cerita seterusnya, silalah korang yang belum tengok tu pergi tengok.
Kalau cerita sampai habis memang tak best. 
Aku memang pujilah filem ni. Jujurnya, aku memang suka view filem macam ni.
Memang gempak! Paling suka babak yang mana Laksamana Liu Yun panggil Merong naik ke atas pelantar (sebenarnya aku tak tahu nak panggil benda tinggi tu apa, aku sebut je pelantar padahal pelantar rendah sikit daripada tu.. huhu). Aku suka part yang tu, yang mana kamera ikut jejak Merong dari mula-mula dia panjat benda tu sampai ke atas dan menunjuk pemandangan yang berada dihadapan.. Perghhh... Suka, suka!
*kalau korang tak paham apa yang aku terangkan ni, abaikanlah.. sebab aku tak mahir nak menerangkan benda-benda yang berkait dengan produksi ni*

Ramai yang kompelin pasal ending cerita ni. Bagi aku ok je. 
Itulah baru namanya real story bukan macam hindustan yang hero liat nak mati... Huhu.
Tak tahulah, agaknya mind set orang Melayu kebanyakannya memang macam tu kot, kalau hero je tak boleh mati, kalau mati cerita dia dan-dan tu juga jadi tak best.
Bagi aku, ok je. Aku suka :)

Mula-mula dulu aku pertikaikan juga kenapa ambil Stephen Rahman jadi hero? Takde hero kacukan yang menetap di Malaysia ke yang layak untuk pegang watak tu?
Tapi bila tengok filem tu, terbukti Stephen Rahman ialah orang yang layak pegang watak Merong tu.

Cerita ni kalau tengok macam tak percaya ianya dihasilkan oleh orang Melayu.
Bangsaku sendiri, mana tak bangga beb~
Walaupun yang kaya nanti adik beradik KRU dan semua yang terlibat tapi aku tetap juga rasa bangga tu.

KRU, u did the BEST job! Very awesome!

Dan tolonglah jangan nak bandingkan filem ni dengan mana-mana produksi Barat, memang takkan samalah.
Tengok juga kemahiran yang kita ada. Tengok juga kecanggihan teknologi yang kita miliki.
Mana setanding dengan mereka.
Tapi karya KRU untuk cerita ni bagi aku memang yang TERBAIK!
Malam tadi rasanya seperti tengok filem dari luar, bukan filem tempatan.

Kalau KRU boleh hasilkan filem epik sejarah bagus macam tu, aku cadangkan lepas ni KRU hasilkanlah pula filem epik daripada novel seperti novel trilogi Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid tu ke.
Kalau di barat kita tengok banyak filem diorang yang meletup kebanyakannya adaptasi daripada novel seperti Harry Porter, Lord Of The Ring, dan sebagainya maka apakata pula lepas ni Malaysia ambil pendekatan seperti itu.

Wassalam~

p.s: malam ni final Akademi Quran 5 (AQ5), harap-harap Nasir menang.. hehe... sebab dia orang Selangor :P tapi kalau tengok kemantapan suara rasanya macam Sabahan tu je yang bakal menang, apa pun kita saksikan di TV9 8.30 malam ini k! ;)

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB