Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 16 Januari 2010

story mery Merlin

 Uther - Arther - Merlin - Gaius - Lady Morgana - Gwen

Okeh, sape peminat cerita ni angkat tangan! (aku angkat tangan dulu ;p)
Cerita ni sekarang dah masuk season 2 dh. Nape saya suka cerita ni? Sebab dia best...Yeke best? Cuba bagi contoh ke-best-an nya...Ermmm.. Contohnya, of coz la sebab hero dia..hehehPhotobucket hensem...lurus bendul..suka2.. Erk, pe mende aku repek ni?
Ok-ok, sebnarnya nak buat ulasan pasal cerita ni je. Alang-alang dah buhsan dengan kelembapan internet yang mana kabel dia telah tersangkut dek sip0t sedut...ke sip0t babi ek? Mana2 je la, jadi aku pun dah xtau nak buat apa, tiba-tiba dapat idea nak buka cerita pasal ni.

Masa tengok promo dia kat tv3 dulu (s0ri ckit, rumah aku xde astro k), cambest je cerita dia. Lagi-lagi aku ni dahlah jenis suka cerita ala-ala klasik camni. Aish, teringat lak cerita Fantaghiro. Best camni la cerita dia. *Weh dahla, Fira. Jangan mengarut berjela*. Ok, aku bagila sinopsis cerita ni sikit, ambil daripada tontonan awal aku lah yek. No ciplak-ciplak punya ulasan.

Kisah bermula di sebuah negeri yang ditadbir oleh kerajaan Camelot (ecece..), yang mana kerajaan ni ditadbir pula oleh seorang raja yang bernama Uther & seorang putera raja yang benama Arther serta anak jagaan si raja ni; Lady Morgana. Lady Morgana ni pula ada seorang pembantu bernama Gwen (nama penuh dia aku lupa, lantak la), season kali ni Arthur suka kt Gwen..(eh, xde perempuan lain ke? suka kat aku pn ok wat..Gwen tu..xsesuai la..haish =_="). Merlin ni pula orang suruhan Arther, macam mana dia boleh jadi orang suruhan putera raja? Tidaklah dapat aku ingat lagi sebab dalam otak aku ni bukanla ada cerita ni semata-mata..hua3

Kerajaan Camelot meng-HARAM-kan penggunaan sihir atau lebih tepat sekali kuasa magik dikalangan rakyatnya. Sesiapa yang terkantoi sebab ada kuasa tu, dia akan ditangkap dan dibunuh dihadapan rakyat jelata..ish3 kejam sungguh! Dan tanpa disedari, Merlin ada kuasa tu. Lady Morgana juga mempunyai kuasa yang dapat meramal masa depan melalui mimpi (tapi season 2 ni, so far xpernah nampak lagi kuasa Lady Morgana tu ada. Dah hilang kot..hoho)

Jadi misi dalam cerita ni ialah Merlin kena tolong Arther untuk memelihara Camelot daripada kuasa jahat & dalam pada tu, Merlin kena sorokkan identiti dia supaya tiada siapa yang tahu dia ada kuasa, yang tahu pasal ni hanya Gaius & Lady Morgana je.

Lagi..pe lagi nk ulas ek... Lupa dhla, nak tau lagi pergilah tengok sendiri kat tv3, setiap ahad pukul 9 malam. Kat astro pun ada jugak tapi xtau la saluran berapa, cek sendiri la..*tangan dah lenguh nak menaip sebenarnya, ngan farmville pn dok sebuk klik itu ini..adeh*

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB