Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 7 Oktober 2010

Uhibbukafillah, Maher Zain ^_^


    
Ok, ni kesinambungan kisah Maher Zain.. yang hari tu punya, intro je. Ni full version ye, para sahabat :) 

Kelmarin dengar IKIM.fm sebab ada interview dengan Maher Zain. Very-very excited korang tau! Oh, mesti korang tak tahu sebab korang bukan aku... ngeee. Dan i'm very-very adore with him *wink2*. Setiap patah kata-kata dia benar-benar menyenangkan hati. Fuhhh...

Selalu perkataan yang keluar dari mulut dia;
" Masyaallah.. Alhamdulillah.. Subhanallah..Insyaallah" 
Dan yang paling terharu bila dia sebut 
"Thanks for the du'a.." :') ohhh sangat-sangat tersentuh u know :D 

Dalam pada hampir kesemua media di tanahair sibuk mencanang tentang konsert Paramore & Adam Lambert sehingga menenggelamkan populariti Maher Zain, rupanya dalam tidak sedar ramai jugak peminat En Maher ni. Sampai tak terjawab pihak yang mengendalikan konsert Save the Soul tentang konsert yang bakal diadakan ditempat yang berapa kerat je boleh masuk pun... Dan mereka ada menjawab soalan tu dalam IKIM.fm. Diorang tak jangkakan peminat Maher Zain seramai itu. Adeh... Encik, lainkali survey la betul-betul..kan dah saya dan family tak dapat pergi konsert tu -__-' Encik pengurus tahu tak, jarak tempat saya dengan tempat konsert tu setakat hampir lebih kurang 1jam jek. *Eceh, dan-danlah kau nak marah-marah Inchek yang tidak bersalah itu..huhu*

Tapi Encik Pengurus itu ada jawapan yang logik kenapa dia buat konsert tersebut ditempat yang kecil walaupun jawapan dia agak-agak macam nak cari pasal ngan abang aku *sebab abang aku agak bengang bila dia tahu ramai peminat MZ tak dapat beli tiket*...ehehe..tapi kita sedia maklum kan kenapa...
Iyalah, dalam Malaysia ni, kalau konsert Paramore dan Adam Lambert tu semua orang teruja, semua orang tahu *actually, aku tak tahu pun yang Adam Lambert akan datang Malaysia juga melainkan Paramore sehinggalah pagi tadi aku dengar Hot.fm...*

Mungkin apabila pihak Raudhatus Sakinah menyedari persaingan yang sebegitu jadi mereka tak berani untuk mengambil risiko yang tinggi untuk mengadakan konsert di tempat yang besar. Alasan, takut tiket tak laku dan ianya bakal memalukan Maher Zain. Ok, kita lupakan pasal tiket..


Fenomena Maher Zain :)

Lagi yang mengejutkan tentang aura Maher Zain, kerana lagu-lagu dia ramai yang terkesan. Salah satunya macam yang aku dengar kat MHI semalam, seorang wanita Filipina memeluk Islam selepas mendengar lagu-lagu Maher Zain. What?!! Wahhh... Dan adik beradik, sedara mara, kawan-kawan aku juga ada yang dah berubah setelah mendengar lagu-lagu dia. Sampai budak-buadak remaja yang jenis hu-ha-hu-ha tu pun boleh layan jugak lagu Maher ni. Masyallah~ Betapa kuatnya aura Maher Zain ni. Dan sekarang ni di bukuwajah aku nampak peminat fanatik Paramore post video-video Maher Zain ;) Haa tengok, Encik Pengurus...kalau buat konsert Maher Zain besar-besaran mesti tiket konsert Paramore tak laku lagi..;p

Tak keterlaluan kalau aku katakan Maher Zain telah mewujudkan satu  fenomena dalam bidang nasheed bukan setakat di negara-negara Islam di Asia, malah di seluruh dunia. 

Seperti yang aku sedia maklum, Maher Zain tiga tahun lalu pun pernah tersasar dari kehidupan dia sebagai seorang Muslim jadi tak mustahil dia mampu menyentuh jiwa-jiwa mereka yang tersasar dengan mesej-mesej yang dia sampaikan. Kerana dia (Maher Zain) juga pernah lalui apa yang kita pernah lalui, putus harapan pada Tuhan, buat dosa yang tak terhitung...

Bravo, bro Maher. You very awesome singer! May Allah bless u & hope u will success as a best da'ie... Amiinnn.. 

Kat sini aku nak share temubual Maher Zain kat MHI semalam. Lihat sekali ye keterujaan Wardina Safiyyah sebagai pewawancara ;)

p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda

 

p/s: kerana Maher Zain membawa peminat-peminatnya mencintai Allah dan Rasul, why not untuk kita mencintai dia juga. Uhibbukafillah, Maher Zain! (Aku mencintaimu kerana Allah, Maher Zain) ^_^

1 bicara tanpa suara:

Tanpa Nama berkata...

ok gak blog u ni...cuma tulisan tu kene guna warna yg lebh cerah ler skit...sng nak baca..ape pun tahniah le ada blog..takla mcm yg mengomen ni takde blog poon...huhu..

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB