Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 6 Oktober 2011

Mind Hunters - Movie




Malam tadi keseorangan aku menonton cerita ni.
Filem ni mula ditayangkan pada tahun 04/05. Tapi aku rasa macam tak pernah tengok pun cerita ni dulu.
Owhh lupa, kalau cerita omputih aku lagi suka cerita yang ada kanak-kanak sebab kurang sikit babak seks (kalau aku ter-tonton babak seks dalam filem omputih, otomatik aku akan nampak mereka seperti binatang yang takde rasa malu berzina untuk tontonan umum macam tu & orang yang suka menontonnya juga sudah semestinya berjiwa binatang)

Mungkin ramai diantara korang yang dah tonton filem ni sebab filem ni dah tersangat lama.
Jadi aku pun malas nak buat sinopsis.
Cumanya, aku layan di 8tv tadi sebab filem ni tiada babak seks (mungkin dah dipotong/sebenarnya ada tapi diawal cerita sebab cerita ni mula jam 10 malam tapi aku mula tonton dalam 10:15 macam tu)
Kisahnya penuh debaran lagi-lagi apabila aku menontonnya seorang diri dan tiada siapa yang menemani dengan keadaan rumah yang sunyi sepi. Superb! Sebab aku dah lama tak rasa takut/berdebar bila tonton filem. Haha. Paling last pun filem Ninja Assassin (sebab tu aku suka action movies)
Dan setiap kejadian pembunuhan yang berlaku mengingatkan aku tentang detik kematian yang sentiasa mengejar kita (perghh! Kadang-kadang kesan tengok cerita omputih lebih hebat daripada cerita Melayu!)

Tapi aku suka ending dia, aku suka ending yang bila kita dah buat macam-macam andaian tapi andaian tu SALAH sama sekali. Tu menunjukkan penerbit filem ni agak pintar... hekhek. Dan tak ada rasa macam nak hempuk 8tv sebab menyiarkan cerita yang tak masuk akal. Hiuhiu.

Chiaww

0 bicara tanpa suara:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB