Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 3 Januari 2013

3.1.13


 Selamat tahun baru Masihi. 2013 please be daebak to me ha... :D

So macam biasalah, setiap kali menjelang tahun baru, kena ada ulasan 1001 kisah tahun sebelumnya, 2012.
Tahun yang dikatakan tahun kiamat tu...
Tapi memang hujung tahun tu dah nak kiamat dah bagi aku (rujuk previous entri).

Walau bagaimanapun yang aku nak berkisah ini kisah yang happy ending punyaaa!
Awas dengan mata anda sebab entri ini dipenuhi dengan gambar bahagia! :D

Sungguhlah tahun 2012 memang awesome bagi aku. Daebak!
Banyak yang gempak-gempak yang terjadi tahun ni, sebenarnya ;)

Yang pertamanya, awal tahun hari tu aku dapat tawaran ikuti kursus jahitan secara PERCUMA selama 3 bulan untuk Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 (SKM 1) - selalunya orang ambil selama 6 bulan tapi sebab kitorang ditaja & dah ada basic jadi disingkatkan tempoh pengajian. 
Dan yang best, dapat mesin jahit percuma jugak! Alhamdulillah, dimurahkan rezeki.
Walaupun ada orang tengok benda tu remeh jek (yang tak perlu dicanang) tapi bagi kita yang ahukk ahukk ni, dah bersyukur sangat-sangat dah. Nak sambung belajar, malas pula nak fikir pasal pinjaman kewangan lagi-lagi yang ada riba tu, nak perah otak bagai, so bila dah ada pembiayaan percuma oleh kerajaan Selangor, why not kita bersyukur dan bergembira atas insentif ini...



2012 juga menyaksikan perlawanan Euro 2012! 
Aku lagi minat World Cup berbanding Euro tapi tengok juga Euro lagi-lagi bila ada perlawanan yang melibatkan Germany. Germany. Germany. Perancis. Hehe. Tapi sadisnya dua-dua pasukan tak dapat masuk final.



Lagi, aku berjaya buat baju peplum untuk tempahan! Ho yeahh!
Padahal baju inilah yang kononnya dulu aku nak buat (untuk diri sendiri yang tak berapa solid ni), alih-alih Kak Mai nak tempah jadi ambil dengan keadaan yang agak was-was (takut tak jadi sebab tak pernah buat) tapi semangat nak cuba sesuatu yang baru itu melebihi segalanya! Dan akhirnya... tadaaa!



Aku tak puas hati sangat dengan peplum ni tapi nasib baik customer suka. Takpelah, percubaan... Practise make perfect!

Aidilfitri lepas pun pertama kali buat 'open house'!
Alhamdulillah... walaupun pertama kali buat rumah terbuka & tak pandai pun nak bajet-bajet hidangan semua, syukur sebab makanan memang mencukupi.
Thanks untuk kawan-kawan yang datang bertandang dari pagi hingga ke petang :)




Sebenarnya tahun 2012 tu banyak pengalaman pertama kali aku.
Selain buat open house tu, pertama kali juga pergi MAHA,
pertama kali juga buat baju lelaki,
pertama kali juga hampir semua cita-cita dan azam hampir tercapai (Terima kasih, Allah!)

Lagi... erm... aku rasa macam baaanyakkk sangat kenangan manis 2012 tapi tak perlulah aku tulis kat dalam ni semua kan... (tak ingat sangat pun).

Tapi yang latest peristiwa menarik dalam 2012, selain abang aku kahwin, kitorang telah ke Raub, Pahang untuk makan angin @ family outing sebelah ummi.
Memang awesome! Best sebab tempat tu kat dusun. 
Kitorangkan dibesarkan di KL dan Selangor so takde dusun, rambutan kat belakang rumah pun tahun ni macam merajuk tak nak berbuah dahhh... (maka bakal suami harus ada dusun durian tu termasuk dalam senarai... miahaha)
Bila berpeluang ke sana macam kera dapat bunga la sebab rasa dusun tu macam atuk sendiri yang punya. Best sangat-sangat! Seminggu makan durian tanpa henti sampai perut memulas.

ini kebun ibarat datuk ana yang punyaaa... awesome huh??
setelah beberapa kurun teringin, akhirnya dapat jugakkk... yippie! alhamdulillah~
nampak muka excited aku tu kan... haha

my cousins + my mom
with bakal master chef :)
budak kecik gila durian. tengah proses "menyejukkan badan"


Uzair + Walidah. dua2 comel...  :P
pepohon nan berbuah lebat!

my beloved mom + maklang. bergabung buat laksa utara memang meletop. walah!

ulat bola. pernah jumpa?

mandi-manda.. nikmatnya air...

wajah segar lepas mandi sungai.. hew hew hew
makan time!!


ikan bakaq

model sedang 'memperagakan' ikan patin gulai tempoyak. Pahang mariii

adik bongsu + sepupu sepapat

pagi yang gelap, kini sudah terang

my Jaddah! 

walau dimana kita menetap, tahlil & bacaan Yaasin jangan dilupa. Ok? :)

durian bersepah. heaven!

model cilik muka tak mandi

sisterhood
beloved sisters. saranghae~

sepupu kecil

weewit!

say-whoaa!
Oppa Dusun Style! (kegembiraan terserlah... hew3)

senyum seindah suria yang membawa cahaya... mih mih mih

Dua hari kat sana macam tak puas je. Rasa macam nak pergi lagi!

Dan yang paaaling best untuk tahun 2012 mestilah berjaya buat baju untuk pakai kahwin abang sendiri.
Baju walid, 
baju ummi + tudung, 
dan baju aku + tudung.
Semua tu hasil tangan & kreativiti sendiri + adik beradik perempuan i.. Hihi.
Bangga sebab akhirnya siap pada waktu yang ditetapkan dan ramai puji canteks! Hehe..
Tapi yang tak bestnya kasut yang sepatutnya aku guna malam tu tidak berguna pun.. penat je bawa naik flight.. *sigh*




Malam menjelang tahun baru 2013, kitorang gi kutip ilmu dekat Dataran Shah Alam..
Kunun nak jumpa dak Moon gak, sekali... mak aihhh! Padat gila! Seramai 120k manusia kot berkumpul kat situ malam tu. Sumpah superb! Walaupun malangnya tak dapat juga nak jumpa dak Moon.. So juz ber-mesej mesej ajelah antara kami walaupun berada di bawah langit yang sama & mungkin juga dikelilingi orang yang sama.




Kamal Adli, UAI & Pierre Andre.. klako.


Ulama' Syria Prof. Dr. Sheikh Muhammad Ali as-Soubuni

Pesan Sheikh yang berusian 83 tahun ini, "Nama saya Sabuni (sabun) sebab keluarga saya asalnya pembuat sabun pencuci. Tapi bila tangan kamu kotor janganlah di cuci pada baju saya sebab saya adalah pencuci hati2 manusia.
Kamu semua pililah pemimpin yang menjaga agamanya. 
Dengan demikian dia lebih takut apabila di persoalkan Allah di Akhirat nanti."

Dan beliau minta agar semua orang doakan umur beliau dilanjut kepada 107 tahun (ke 103 ek? lupa) sebab beliau masih takut/malu untuk berjumpa dengan Allah... 
Sentap kott bila ulama' yang disegani pun cakap macam ni, kita yang biasa-biasa malah tersangat biasa ini bagaimanalah pula saat bertemu DIA. Allahuakbar!  

Yang paling buatkan aku bersemangat bila kami sama-sama melaungkan ayat yang sama Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam laungkan ketika Perang Khaibar,

"Khaibar Khaibar, ya yahud! 
Jaisyu Muhammad saufa ya'ud!"

!خيبر خيبر يا يهود! جیش محمد سوف يعود! 

sebanyak 3x

Selamat tinggal 2012 yang memberiku 1001 kenangan.
Terima kasih, ya Allah kerana memberiku kesempatan untuk mengharungi 2012 dengan 1001 macam perasaan juga.
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Segala pujian hanya milik-Mu... :) 

p/s: kenapa tajuk tu macam tu? Sebab sempena tarikh hari entri ni tersiar (3 Jan 2013)

2 bicara tanpa suara:

Shukri Mohd Ali berkata...

moga tahun baru 2013 ini akan lebih bermakna buat anda :)

Fira hilwa berkata...

terima kasih.. utk anda juga :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB