Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 24 Januari 2013

Rebat RM200: Rakyat kena troll dengan Kerajaan??


Tadi pergi mall, sementara adik aku pergi cari kasut untuk ke kelas, kitorang yang lain ni pergilah mana-mana kiosk henfon yang ada banner rebat rm200. Saja nak survey.
Lagipun sebelum pergi tu aku dok layan satu blog ni, punyalah panjang gila komen dok kutuk itu ini, dok cakap pasal kalau beli henfon rebat kena wajib beli line pascabayar la, kira wajib ambil bil la, tak boleh tolak... Siap kata kena troll dengan kerajaan bagai.. itula... ini la... yada.. yada.. bagai tuh. Nampak sangat tak reti BERSYUKUR dengan kerajaan kan... Ehem. Yela, nak dapat benda mudah memang kena ada syarat. Tu pun tak tahu ke?? Cubalah bersyukur sikit! Banyak dah kerajaan bagi kat rakyat, tahu?? Kata mereka. Siapa mereka? Mereka je yang tahu... wakaka..

Sebab nak puaskan hati, aku dengan adik-adik + abang aku pun pergilah cari mana-mana kedai henfon yang ada rebat rm200. Jumpa beberapa kedai dalam mall tu yang ada sediakan khidmat tu. Masuklah 1 kedai, aku tanyalah sebenarnya macam mana rebat tu? Yela, sebelum ni tak jelas sangat dengan terma & syarat, apa yang diberitahu kat surat khabar, kat tv, itulah yang kita semua percaya kan... 

" Oh, rebat tu? Tadi ni kami baru dapat 1 berita baru. Baru je sampai tadi", mamat tu pun pusingkan badan ke belakang dan ambil 1 lampiran kertas dan tunjukkan pada kitorang. 

Atas kertas tu ada beberapa gambar model henfon (dalam 8 jenis, mungkin) tapi hanya 4 henfon yang dibulatkan. Dan yang paling rasa macam takleh nak blah bila senarai tu BUKAN senarai yang SKMM keluarkan tempoh hari. Aku ulangi lagi BUKAN ye, bukan... satu pun BUKAN.

" Yang dibulatkan itu aja senarai yang under SKMM." 
Aku pun takdelah nak belek sangat nama-nama model tu. Yang aku tahu, 2 model Blackberry, 1 HTC, dan 1 Motorola. Dan model Blackberry tu harga dalam rm 1000+. HTC tu pun yang mahal jugak. Motorola harga rm600++ tu pun aku tak ingat brand tapi smart gakla. Itulah satu-satunya henfon yang murah dan ada brand. 
Yang sebenarnya, takde guna line pun. Tak perlu langgan pascabayar pun. Dapat bulat-bulat je henfon tu, guna simkad kau sendiri sudaaa... Yang penting kena tambah sikit duit kau! Hew3

Cara nak beli pulak... haa.. ni yang best nak cerita nih.
Untuk keempat-empat model tu, rebat hanya rm100. Ya, SERATUS RINGGIT MALAYSIA! Bukan rm200 seperti yang dicanang-canangkan kat media massa & elektronik tu.
Nak dapatkan rebat rm200, korang kena trade in henfon korang. Apa-apa henfon pun, sampai mamat tu cakap henfon 3310 pun boleh, yang penting henfon tu 'hidup' baru rebat korang tu akan jadi rm200, kalau takde henfon untuk di-trade in, jangan bermimpi rebat menjadi rm200, hanya rm100 je... Sweet, kan? Sweet gila ayat SKMM bagi... hua3.. Ini troll yang pertama.

Sebab mamat tu borak best (takdelah ramah sangat-sangat pun, kalau ramah sangat aku naik menyampah tapi dia suka buat lawak spontan), maka kitorang pun tanya henfon yang lain pula. Lama gaklah kitorang kat kedai dia. Dan ayat best dia yang aku nak share;
" Siapa daftar SKMM awal-awal memang RUGI! Sebab SKMM akan upgrade henfon macam Galaxy Y ke, Nokia smartphone ke (yakni yang ada dalam senarai yang SKMM keluarkan awal hari tu) peringkat demi peringkat. Bukan sekaligus..." seperti yang kita sangka atau seperti yang diuar-uar kan...
Haihh pening kepala cek... Kalau dah macam gitu kisahnya, baik tak payah bagi senarai model henfon. Cakap terang-terangkan senang...

Lepas tu, Ipah ajak pergi Maxis Center (MC) pulak. Kot ada offer lagi baik kan...
Dekat MC pula, kalau beli henfon rebat, kena langgan pascabayar. Wajib. Haaa yang ni betullah yang dorang kat blog tu gaduh-gaduh tu. Serius, untuk orang tak berapa nak senang memang benda ni akan menambah kesusahan hidup engkau orang wa cakap lu. Tak payahlah ambil. Jangan beli dekat Center, yang penting. Ini troll kedua... muehehehe..

Kemudian menggagau lagi, kan dah cakap saja nak survey! Bukan nak beli pun. Saja nak dapatkan fakta yang sebenar, baca blog je, tengok tv, baca surat khabar semata-mata, tak best jugak kan selalunya akan nampak indah dari rupa... Nak kebenaran, pergi 'selongkar' kat luar. Jangan dok tunggu dan khadam kata-kata orang. Tak menarik gitu. Boleh jadi fitnah. *Ok, merapu.

Masuk lagi satu kedai, diorang hanya ada brand Ninetology! Erkhh! Brand apa tu? Mana muncul? Tak pernah dengar! Haha. Bila tanya, diorang cakap tu brand dari Malaysia. Barang local. Local selalu dikaitkan dengan lopek, tak tau maksud lopek? Tak tahu takpe, tak payah tahu.
" Itulah orang Melayu, bukan nak support barang tempatan, macam manalah Malaysia ni nak maju!" ayat tipikal padahal orang yang cakap tu pun tak guna pun barangan buatan Malaysia. Kalau betul dijamin boleh tahan lama, dah lama kot Malaysia ni maju dari segi teknologi, kalau nak diikutkan dah berapa kali dah Malaysia cuba keluarkan model henfon sendiri tapi barangan Malaysia selalunya tahan sekejap je. Tak pun sehari. Itu yang selalu aku nampak & dengarlah sebab paling cikai henfon yang aku beli dan guna dari dulu sampai sekarang hanya Nokia je. Dah lapuk kan?... Tapi tahan lama beb...

Tapi Ninetology ni aku tengok agak smartlah henfon dia, ala-ala samsung galaxy S II & note.. Kamera 8 MP! Kau hado? Haa smart, kan? Tapi sebab takde nampak lagi komen orang yang pernah pakai tu dok kata ok ke tak, tak beranilah aku nak bagi jaminan henfon tu. Tapi promoter tu kata kalau beli kat kedai dia, akan dapat prepaid internet Digi for FREE! Kalau nak guna internet juz top up jelah. Tapi harga dia pun dah rm499 SELEPAS tolak rebat. Baik beli henfon ada brand, sama je harga. Tapi lagi, ninetology ni tidak memerlukan korang trade-in henfon. Terus dapat. Dan rebat memang dia bagi rm200. Yang kena trade in henfon dan rebat jadi rm100 cuma henfon ada brand. Itu pun maklumat tambahan, model henfon rebat yang ada brand pun semua akan dikenakan kontrak langganan pascabayar. Betullah, aku tengok kat MC sebelum tu memang ada je senarai-senarai henfon yang dalam senarai tu. Oh, ok. Macam ada troll tersembunyi je yang ni... :))

Yang kesian dekat orang-orang yang betul-betul kurang kemampuan yang kononnya teringin nak guna fon pintar tapi kena troll macam ni. Haihh. Kotlah dapat rembat Sony Experia Tipo ke, Galaxy Y ke, rupanya hampehhh... Dahlah rebat tu rupanya rm100 je... Aigoo..

Pada orang-orang yang dah daftar tu kesian korang kena troll kaw-kaw dengan Pak Jib. Bersyukur weh! Jangan merungut! Sekurang-kurangnya ada daripada takde kan... Hahaha. Ok, tergelak pulak. Aku tulis benda ni kat blog bukan niat apa pun, cuma kalau kerajaan terbaca, silalah buka mata sikit. Kau cakap rebat tu untuk yang KURANG BERKEMAMPUAN tapi kau troll macam tu, maknanya memang untuk orang senang jela yang mampu...  hailaa.. Baik kau cakap awal-awal yang rebat tu untuk orang BERKEMAMPUAN, habis cerita.

Btw, aku pun tak sure kot tempat aku je macam ni, sebab diorang kat kedai tu pun ada yang cakap kalau nak banyak pilihan TRY survey kat KL. Tapi kalau dekat KL pun sama je dengan tempat aku ni, baik tak payah kan.. tempat aku dengan KL bukan beribu batu pun, naik KTM, 15-20 minit dah sampai dh...

Tetiba terasa macam dah pandai je guna ayat TROLL tu... wahahaha..

Orang akan cakap, "kalau tak nak, jangan ambil." Betul, aku setuju.
Tapi aku lagi suka ayat, "kalau tak nak bagi, jangan bagi.." nampak ketidakikhlasan di situ, padahal bajet yang kau keluarkan tu semua duit rakyat, takde sesen pun duit kau sebab gaji kau pun kau guna duit rakyat bayar cukai jalan, tol semua-semua tu.

p/s: stress pulak aku dengan ayat bersyukur pada kerajaan tu.. kalau bersyukur pada Allah ok gak.. -_-"

p.p/s: sila jgn nak cakap pasal politik dalam entri ni, aku cakap pasal kerajaan sebab bajet ni pihak kerajaan yang bagi bukan pembangkang mahupun kerjasama kedua-dua  belah pihak, kalau pembangkang join sekali bajet ni memang dengan pembangkang-pembangkang sekali aku masukkan dalam blog ni. Titik.

13 bicara tanpa suara:

Unknown berkata...

nice info. aku pon mmg tgh pikir cemana nak guna.
by read the procedure suma tu kay skmm, mmg kurang paham. and this one lebih jelas laa.

alaa apa la susah sgt dorng ni, nk bagi tak nak bagi senanya?
suka tau sembang lebat2, buat sakit hati.
mujur aku baru beli fon, so tak eksited sgt laa nak guna, tp baru plan nak bagi adik satu fon, ini macam kaluuu... bg adik fon lama jelaa. haha

oh ya, ni aku aisha. ingat? ni blog baru aku.. hehe
http://girlfriendsawesome.blogspot.com/

Fira hilwa berkata...

weh, kau tukar link blog ke buat blog baru ni? kenal la... :) ntahlah dorg2 ni, tak tahulah kalau kat selangor je dorang buat macam ni sbb baca kt 1 blog tu JB ada je semua jenis fon tu siap dh ada yg dh gn rebat & ok je semua tanpa syarat merepek2 melainkan kena beli prepaid Digi harga rm8.50. ok la tu.

Fitria Joairi berkata...

Assalamualaikum fira..

Nice entry, btw baru tau mcm2 gak ye crita pasai rebat RM200.. Sebenarnya, ana pn baru ja guna rebat tue, dan utk rebat tue ana ambil hp jenama Ninetology, hp yg xpnah2 ana dengaq tp xpa la utk sementara pasai baru2 nie hp hilang..

Mmg btui kene amik skali ngan prepaid DIGI yng ada kontrak slama 1 tahun.. but after rebat, it's only RM299 bukan RM499.. so far guna utk 2 minggu nie ok la..

Tp kn pasai yg trade in tue mmg ad, utk 1 jenama apa ntah ana xingt.. so kesimpulannya, mmg agk kena troll la gak tp malas nk amk pusing.. (^^,)

Fira hilwa berkata...

Waalaikumussalam, eya :)
a'ah memang ada rm299 selepas rebat tapi stok yg tu dah habis katanya... xtahulah betul ke tak, jadi yg tinggal cuma yang harga rm499 tulah.

memang macam-macam cerita. baru2 ni pun dapat tahu ada org nak tebus rebat kat alamanda, semua kedai telco kata kuota dah habis, pdhal baru bulan berapa ni, nampak troll juga di situ...xtau sama ada troll tu kerajaan yg bt ataupun kedai telco yg bt. ntah.

ManLempit berkata...

Dekat Selangor memang macam tu, Putrajaya pun sama... Celcom, Digi, Maxis centre hanya bekalkan smartphone yang mahal-mahal je untuk rebat rm200 tu... Galaxy Y memang mana-mana pun dorang kata takde stock..... Brengsek!!!!

Fitria Joairi berkata...

ana tebus rebat tue d tesco tmn midah, tp sebelum tue ad la p ampang point, nk tgk2 kedai telco yg tlibat dengan rebat, last2 katanya xbuat dh.. buat penat ja p sne, tp salah ana juga pasai xcall dlu b4 p..

utk xnk pkara yg sama berulang, balik ofis ana call la mana2 telco yg dekat ngan rumah or ofis, utk tny ada ka x.. call yg kat tesco extra ampng, tp dia soh p tesco cheras katanya HQ kat sne.. so p je la..

Alhamdulillah smpy sne bermula la sesi soal jawab yg pelbagai..tgk dlm katalog pnylah pelbagai jenis hp yg bleh d rebat hny 2 jenis hp yg mana salah 1 nya brand ninetology tersebut. alasan depa, sistem hny kluaqkn 2 jenis hp wat mse skrg.. Wallahua'lam.. :)

Tanpa Nama berkata...

kepada sesiapa yg mengisi borang utk rebat tersebut berjaga-jagalah sebab takut nanti diisikan dalam borang keahlian pengundi UMNO bukan susah pun nak tukar borang guna digital sebab anda hanya isi maklumat diri lepas tu dier tukarkan dari borang isi utk rebat ke borang keahlian dier... memang sesiapa yg tak tau sure kene punyer la... cuba pikir tiba2 kerajaan bagi rebat rm200 kat semua org tambahan pulak ader jarak umur yg diberikan antara 21 hingga 30 thn tak ker pelik

Fira hilwa berkata...

agak dah... samalah jugak dgn br1m tu pun dia amek no ic... hmm

Tanpa Nama berkata...

Aku pun tak sabar nak tgk rakyat kena troll ngan pembangkang. Mintak2 anwar menang jadi PM!!

Azim berkata...

Assalamualaikum. tak baik kau kata kerajaan troll malaysia dengan kena trade in handpone lama.

Sebenarnya ko yg kena troll dengan penjual tu. Penjual tu dah kencing kau.

Cahaya Amylia berkata...

a'a beb,, korg je yg kene troll dgn penjual tu,,, akk aku beli xde ape pun,,,rebat still 200.. xde pun nak kene trade in bagai... just check no ic,,pastu da ley beli.so aku rasa korg yg kene kencing dgn oner kdai tuh..

Fira hilwa berkata...

Akk ko beli ms ble? sbb ni cerita bulan PERTAMA penggunaan rebat. mula dr bln4 br semua ok. urusan pn mudah sbb ms mula2 tu mmg nmpk agk kelam kabut 2yg kedai ni ckp lain, kedai tu ckp lain..

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur kt kerajaan? Tolong jgn jd macai yg syirik boleh tak? Adui mentaliti budak2... Bersyukur atas nikmat yg diberi oleh Allah. Manusia yg trpilih sbgai pemimpin kerajaan hanya menjalankan amanah yg wajib dilaksanakan. Kita rakyat bkn peminta sedekah! Mmg hak kita dan patut dapat.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB