Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 12 Februari 2010

Siang tadi aku kelaparan ~ Teringat lelaki itu...


Hari ni..Ya, hari ini! Aku berpuasa..
* hey, puasa pun nak cerita kat blog ke?
* wey, lek r..ada cerita selanjutnya nak dikongsi, bukan aku nk riak pun. lagipun ni blog aku, sukati aku la nak cerita pape pun! bukan ramai sangat yang bc. Huh!

tanda ini (*) adalah monolog hatiku...ehehe

Saja puasa..Lagipun puasa ganti tinggal sehari, jadi niatkan sekali. Sekurang-kurangnya aku nak ajar perutku agar tidak selalu lapar hingga makan sampai kenyang. Sekali sekala kena ajar ikat perut! Dari hari Isnin hari tu aku dah niat untuk puasa esok hari. Tapi esoknya kerana nampak Donat yang gebu di dalam piring, aku langsung lupa niat tu. Ku telan sahaja. Hingga setelah meneguk seteguk air, baruku perasan yang aku dah pasang niat puasa pada malam sebelumnya. Aduhhh.. Terus batal puasa walaupun menurut Ummiku itu adalah hadiah daripada Allah sebab beri rezeki ketika puasa. Tapi rasa macam melampau untuk sambung puasa kerana perut sudah terlalu kenyang. Jadi, aku batalkan aje puasa pada hari itu... Sayangnya... 

Hari ni, aku pasang niat yang jitu. Walaupun Donat gebu buatan Ummi masih kutemui didalam piring buat sarapan pagi, aku takkan biarkan diriku didorong nafsu lapar buat kesekian kalinya. Siap pesan pada Ummi agar donat gebu harus disimpan untuk berbuka ketika maghrib nanti.

Dan bermulalah episod kelaparan yang terlampau.. Cuaca benar-benar terik. Bekerja bukan di tempat yang mempunyai penghawa dingin, hanya menggunakan kipas angin. Kemudian wajib pula memakai tudung. Sungguh! Panas teramat! Tekak terasa kering. Aku mula kehausan...
* 12.30 waktu rehat. Balik nanti harusku minum air sebanyak mungkin! 
Tekadku dalam hati.
* Eh, lupa...aku puasa...hmmm

Rehat tu aku benar-benar keletihan.... Betul-betul tak larat. Selalu bila cuaca terik macam ni, memang aku membayangkan Fahri dalam novel Ayat-ayat Cinta. Bab pertama novel tu menceritakan tentang Fahri yang ingin pergi bertalaqqi dengan cuaca panas terik dan angin debu yang bertebaran.

Kemudian, fikiranku mula melayang. Melayang mencari kekuatan untuk terus berpuasa. Dan, aku temuinya! Temui kekuatan itu!

Teringat si lelaki. Ah, lelaki mana pulak ni? Lelaki yang aku jumpa di Masjid Besi, Putrajaya (klik sini untuk ikuti kisahku di sana, cuma kisah si lelaki tidak diselit sekali). 

Kisahnya...
Ketika itu hari terakhir kitorang di sana. Selepas selesai segala tugas, kitorang bergerak ke tempat makan. Hampir saja kitorang tak dapat makanan kerana makanan yang disediakan tidak mencukupi. Agaknya tetamu yang hadir terlebih dari yang sepatutnya, ataupun orang yang tak berkenaan pun join makan sekali. Agaknyalah. Tapi syukur kitorang dapat juga makanan walaupun terpaksa ke sana ke mari. Hahaha.. Kelakar~

Selesai makan, aku, Kak Ida, Tika, Puteri dan Kak Nita (bekas editor majalah Anis), bergerak nak ke ruang tempat wudhu'. Tiba-tiba Puteri bersuara,

" Eh, pakcik ni... Kesian.." Semua menoleh ke arah lelaki yang Puteri maksudkan. Lelaki tinggi lampai, kurus, berbaju T, bersongkok hitam dan berseluar slack lusuh. Tidak nampak apa-apa yang mencurigakan pada lelaki yang Puteri panggil pakcik itu (tapi aku rasa, umur dia dlm lingkungan pertengahan/akhir 20-an, maybe boleh dipanggil Abang, bukan Pakcik. Huhu...).

" Kenapa?" Hampir serentak yang lain bertanya. Aku masih memandang lelaki itu. Tiba-tiba terasa sayu. Simpati yang wujud secara tiba-tiba. Lagi-lagi bila tengok dia melilau tanpa arah.

" Tadi.." Puteri mula bercerita. " Dia tanya kat orang yang jaga makanan tu, makanan ni percuma ke atau kena bayar? Kemudian, orang tu cakap ni untuk orang-orang yang terlibat dengan majlis khatam Quran ni je. Mesti dia laparkan? Itu yang dia tanya macam tu..." suara Puteri mula sayu. Kak Nita pun ikut menyampuk mengiyakan sebab dia pun dengar juga suara lelaki tu bertanya. Aku langsung tak dengar apa-apa. Kitorang berlima tercegat memerhati si lelaki. Dia langsung tak perasan. Yang dia pandang hanya sisa-sisa makanan yang ditinggal orang. 

" Aku tak boleh tengok, nanti aku nangis," Tika mengalihkan pandangan. 

Rasa macam mahu ditolong si lelaki yang seolah-olah kelaparan itu. Tapi takde apa pun pada kitorang. Beg semua disimpan dalam kereta.
Nak salahkan orang yang tak bagi si lelaki tu makan pun tak boleh juga, sebab makanan memang dah bajet. Itu pun ada beberapa orang lagi yang tak dapat makan sebab makanan dah habis...

Jadi kerana kelaparanku hari ni, buatkan aku teringat kepada si lelaki. Doaku hari ini, semoga dia tak lagi lapar dan semoga hidupnya diberkati Ilahi... Amiinnnn. Dan semoga juga aku selalu ingat, walau kita lapar macam mana sekalipun, walau kita susah mana sekalipun, ada orang yang lebih lapar dan lebih susah daripada kita. Jadi, sentiasalah menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan apa yang kita perolehi =)

4 bicara tanpa suara:

Muni Izzah berkata...

wah..baik jugak ko nie ek..igtkan pandai b'gaduh jer..hehe

Fira hilwa berkata...

klu gado pn ngn ko jek...
mn de ngn org len...hoho

tajnur berkata...

Salam!
Macamana susahnya org2 diMalaysia, susah lagi sdra2 kita yg berada di Moro, Jawa Timur, Sumatra, Afghanistan, Lubnan dan Palestine cuma hubungan persaudaraan telah hilang sebgaimana hilangnya Daulah Islamiah diTurki pada tahun 1925. Wallahualam

Fira hilwa berkata...

tajnur:
brtul2..sbb tulah umat Islam digalakkn utk melakukan puasa sunat supaya kte jgk dpt rasa spt mana yg mereka saudara2 seagama kte rasa..hmm

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB