Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 13 Julai 2010

Julai yang malang x(


Eh, kejam tak aku buat tajuk entri macam tu?
Sian orang yang lahir bulan Julai sebab aku dah cakap Julai ni bulan malang...hiuhiu..
Ye ah mana taknya *aura kemarahan dah muncul Photobucket*, dahlah pertama-tamanya *<- wahhh ayat skema gitu* Jerman kalah lawan dengan Sepanyol yang aku tashuke tu (suka Fernando Torres yang muka macam barbie doll versi lelaki tu jek), lepas tu kena kutuk cacimaki dengan fans diorang *ok, kena cacimaki tu tipu -_-'*, lepas tu lak kesempitan kewangan nak buat tambang gi kerja melanda. Warghhh! Bengangnya!!! Photobucket <- icon camni perlu ada untuk menunjukkan rasa bengang teramat!
Selalunya memang tiap-tiap bulan elaun yang masuk tu memang cukup-cukup untuk perbelanjaan sebulan tu. Jadi bulan ni rasanya dah tamat tempoh cukup tu. 7hb selalunya elaun masuk tapi bulan ni aku tunggu punya tunggu punya tunggu tak masuk-masuk pun sampai cek 8hb pun takde jugak. Tiba-tiba kad bank aku hilang. What the???! Aku bajet tertinggal dalam kereta bersama kad save more ummi (tak sabar nak tunggu hari esok (14hb Julai), ummi mahu pulang!~ Semoga selamat sampai..amiin) akan tetapi aku mencari punya cari punya cari kad bank dan kad save more tidak ketemuan. Agaknya tercicir kat petronas masa isi minyak, tak pun masa tolong angkut barang-barang Tika masuk hostel dia  Photobucket. Adehhh.
Siang tadi punya kisah, tengah sedap-sedap aku pot pet pot pet dengan Kak Ida kat tempat kerja, mentor kitorang call Kak Ida dan katanya mahu bercakap dengan aku. Erkh..nak warning sebab aku banyak ponteng ke? Photobucket

Dia: "Fira, hari tu tak hantar laporan bulanan bulan 6 ke?"
Aku: terpinga-pinga kejap, "a'ah..belum hantar" jawab dengan konfinden
Dia: "Itulah tadi Puan H tu call akak dia tanya budak nama *nama penuh aku la dia sebut* ni dia tak hantar laporan ke? Dia tak dapat nak masukkan elaun".

Aku terbangang-bangang seketika. Elaun? Tak masuk? Laporan? Tak hantar? Terkebil-kebil aku pandang Kak Ida kat depan aku. Tapi... Ehhhhh Kak Ida dengan Kak Wani pun tak hantar laporan tu, kenapa diorang punya masuk? Tak adil!

Aku: "Akak! Saya hantarlah laporan tu..." apesal la kebengapan aku terserlah hari ni? Adei.. Mentor tanya laporan bulanan yang aku pulak fikir laporan harian..memang tak arrrr.
Dia: "Haaa hantar kan? Akak pun ingat-ingat lupa tapi mesti Fira hantar sekali dengan Aida dan Wani kan? Tapi akak dah cakap dah kat Puan H yang semua perantis akak dah hantar laporan. Dia cakap okey je cume elaun tu tak boleh nak masukkan untuk bulan ni sebab dah terlebih tarikh, dia masukkan sekali untuk bulan depan.."

Serius weh aku bengang. Tu dah kira tahap aniaya aku dah tu. Ni yang aku tak suka ni. Iklan kat radio berdegar-degar, megah jek dengar tapi bab pengurusan memang hancussss. Agaknya orang kerja gomen ni memang macam tu kot, buat kerja nak tak nak pastu macam hape jek. Rasa macam nak saman diorang! Kalau dah tahu laporan aku takde, kenapa tak call aku bagitahu, bukan aku tak boleh nak faks balik kan? Tak ke ba@#!*^%$ tu? Heee sabar jelah. Dahlah memang tiap-tiap bulan hantar laporan bukan kitorang yang hantar, lepas tu orang yang terima laporan lak nak buat macam-macam.

"Kalau dah faks, call ye untuk pengesahan". Call amende kalau nak call asyik tak dapat je? Line busy lah, ape lah... Photobucket

Sabar, Fira.. sabar. Lagi sebulan je nak tamat kursus. Sabar jela. Dia nak bagi kenangan tu..
Hmm kenanganlah sangat~  Photobucket Pastu balik tadi Anas tunjuk kat aku kad bank dan kad save more. Tahu mana dia jumpa? Kat poket pintu kereta tempat yang aku duduk masa hantar Tika aritu. Rupanya itulah kot hikmahnya. Kad dah diblock, elaun dah tahu takkan masuk untuk bulan ni, terus dia muncul. Bijak...bijak...
Memang bulan depan aku mintak elaun double..dulik ah! Be^%**^&%$#  Photobucket 

3 bicara tanpa suara:

airina berkata...

xbaik tau aku lahir bulan 7 hahaha
cian ko tapi fira at least next month ko dapat duit elaun 2x ganda =)

siapa aku berkata...

kalut semacam jek nenek sowang ni....


teka siapa aku?

fira hilwa berkata...

mmg tgh kalut pn...
serius aku ckp, julai mmg bln malang. spnjang2 julai ni malang akan mengekori aku..seram kn? :(

blh x klu xnk teka? hoho

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB