Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Jumaat, 2 Julai 2010

Amani Adamaya ^_^

Semalam (Khamis, 1 Julai 2010) aku p0nteng kerja <- pengakuan berani mati yang akan dibaham jika kena kantoi..ekekeke

Petang tu dalam pukul 3 petang Awwab ajak pergi jalan-jalan beli barang dia. Owh sebelum cerita lanjut, nak buat pengumuman yang adik aku; Awwab ni tak jadi nak pergi Mesir. Dia dah tolak tawaran tu, dia pilih untuk masuk UKM ambil ijazah dalam bidang Oleokimia. Tu pilihan pertama dia, jadi amat sayanglah untuk ditolak mentah-mentah semata-mata nak ke Mesir ambil jurusan yang bagi dia sekadar "Bolehlah..." Dan kitorang (aku, Ipah, Nisa' & Adib) punyalah excited sebab ni kali pertama Awwab dapat lesen dan nak memandu jauh (jarak OU dengan rumah kitorang adalah dalam 25-30 minit)

Eh, eh..ni pesal cerita pasal Awwab ni? Taulah sebab Awwab kau boleh jumpa sama itu budak cute kan...hehe

Elok je lepas solat asar, kitorang merayau-rayau kat OU tu. Haishhh Adib dengan Awwab shopping kalah orang perempuan kot.. Selalu lelaki yang menunggu perempuan shopping tapi semalam terbalik, kitorang yang perempuan ni lak yang tunggu diorang yang lelaki tu shopping. Tak patuttt...tak patuttt... Tak lama tu ternampak seorang awek cun. Cun lah, macam muka artis. Dan dia bercakap pada seseorang di balik dinding yang terlindung tu.

" Eh cepatlah..dah jalan ni.." perempuan tu bercakap pada seseorang dibalik dinding tu. Kitorang teruskan memandang, padahal tak kenal pun tapi entah nape nak gak tengok.

" Suruhlah papa wait..." suara halus tu lebih menarik perhatian. Semua pandangan beralih pada si pemilik suara.

" Amani!" Nisa' bersuara tapi agak perlahan. Kemudian semua 5 pasang kaki berhenti melangkah.

" Papa wait! Nak gi toilet.." si comel Amani bersuara... Cute nyerrrrrr...

" Jom tangkap gambar dengan dia nak?" Aku mula bagi cadangan. Si awek dan si cilik sudah bergerak ke toilet. Nisa' mula bersikap mahu tapi malu dia. Last-lasti kitorang bertiga bergerak ke lorong laluan menuju ke toilet. Menunggu dia luar toilet. Tunggu kat luar tu semata-mata nak ambil gambar dengan Amani. Wahhh macam mamarazzi lak rasanya...heee

10 minit berlalu. Nisa' dah tak keruan.

" Jomlah blah.. Entah-entah mak dia tadi nampak kita kot, tu yang mak dia saja-saja keluar bilik air lambat..." Aish...berprasangka lak. Aku ni pulak jenis kalau dah alang-alang menunggu biar sampai dapat. Tak lama tu si cilik keluar bersama si awek. Awek tu dukung dia masa tu.

" Mia Sara kan? Nak begambar dengan dia boleh?" Peghh lancar aku berkata-kata. Ye ah, penat beb tunggu kat luar toilet tu, takkan nak tengok je diorang pergi. Si awek tergamam sekejap, laju je dia menurunkan Amani dari dukungan.

" Mia nak bergambar tak?" Tanya dia pada Mia Sara atau lebih dikenali dengan watak Amani dalam drama bersiri Adamaya. Laju je Mia mengangguk. Wahh lega.. Cuba bayangkan kalau dia menggeleng tadi? Tak ke haru? Dahlah lama kitorang tunggu.

" Nak gambar satu-satu" dia bersuara. Comelnyaaaaa...sama macam Amani ^_^
Mula-mula dia bergambar dengan Nisa', kemudian cepat-cepat dia berlari ke arah aku, last sekali baru ke arah Ipah. 



Erk, tak payah di arah, tak payah di ajar apa-apa sume dia buat sendiri. Lincah je dia. Macam jalankan tugas lak aku tengok. Tapi serius comelllll. Pandai posing, tak payah suruh senyum, dia pandang kamera handphone tu, automatik dia senyum. Comellllllllllllllll

Tanya pada si awek sama ada dia mak Mia ke tak sebab rasanya mak Mia freehair tapi yang ni pakai selendang. Lawa.

" Bukan..." Senyum. Lembut je dia menafikan.
" Kakak dia?" Tanya Nisa' lagi, si awek senyum je. Rasanya mungkin kakak dia sebab Amani anak keempat. Kalau betul tu akak dia, lawa oh, kalah Lisa Surihani.


p/s: korang jangan jeles naaa..aku sebenarnya tak tengok pun drama Adamaya ni tapi dapat lak bergambar dengan pelakon cilik dia...hik3..sangat celonotssss..weee. Kenal Amani pun dalam iklan Softlan. Comel kan dia dalam tu?

1 bicara tanpa suara:

sayechentawana berkata...

time kasih sbb buat cadar bau mcm mama..=]

(^^,)~sayechentawana

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB