Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Selasa, 27 September 2011

10 ciri-ciri SUAMI pilihan gua! ngeh3

1.
Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat
pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai
pakaian yang sopan. 

Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


2.
Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya
seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti
sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



Wanita
bijaklah memilih lelaki sebagi pendamping hidupmu. Lihatlah pada
sikap dan sifat-sifat terpuji yang ada pada mereka. Andai ada diantara
lelaki yang kamu kenali mempunyai sifat-sifat terpuji diatas
jadikanlah mereka sebagai pendamping hidup kamu. 

Berdoalah agar
diberikan jodoh yang baik dan soleh walaupun seperti agak payah untuk
menemui lelaki sedemikian pada zaman ini tapi insyaALLAH dengan doa dan
izin ALLAH pasti menemuinya.







Amin.. amin... ya rabbal 'alamin..

6 bicara tanpa suara:

msredcheesecake berkata...

kalau dapat laki cengini, beruntungnya... niat dia berkapel mesti kerana Dia

Fira hilwa berkata...

@msredcheesecake kan? sgt2 beruntung mn2 perempuan yg berjaya jmp & dpt laki camni sbgai suami... :x

Chachos Cheezy Wedges berkata...

kalau nak pasangan kita baik, kita mesti kne jadi baik dlu... insyaallah.. ;;)

Fira hilwa berkata...

betul! tengah cuba gak nak jadi baik ni tp macam jauh lg nk jadi yg btl2 baik... :((

MD berkata...

Semoga mendapat jodoh yang dihajati...Amin.

Fira hilwa berkata...

amin ;))

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB