Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Khamis, 11 Ogos 2011

Pesanan buat PEROKOK

Pejam celik, pejam celik, sekejap aje dah 12 Ramadhan.
Sekejap je kan masa berlalu? Tsk tsk tsk.


Semua tahu yang puasa ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi juga medan untuk memerangi hawa nafsu.
Merokok itu pun salah satu daripada tuntutan hawa nafsu, kan?
Sepatutnya, masa yang ada inilah si perokok tegar mengambil inisiatif untuk berhenti merokok.
Benda tu tak susah maa. Antara nak dengan tak nak je.


Ok, mungkin akan ada yang cakap memanglah tak susah sebab aku tak merokok, cuba kalau aku merokok, mesti aku pun gian tahap gaban macam perokok tegar sekelian.
Alah, nak seribu daya, tak nak, seribu dalih lah yang dicipta.
Anda mampu mengubahnya, ok!
Tak payah nak bagi alasan sangatlah... Geli kott...


Nah, hari ni aku nak share kat korang iklan-iklan yang dituju khas kepada perokok tegar!



Mula-mula belek-belek.
Lepas tu teringin pula nak rasa.
Kerana nafsu yang membuak-buak itu membuatkan kita terus mencuba.
Dan padahnya?
Lu pikir lah sendiri!




Perokok memang tiada hati perut, melainkan berhati binatang!
Think! Think! Think!
Fikir! Fikir! Fikir!





Merokok adalah salah satu cara membunuh diri yang PALING BODOH!
Hentikanlah KEBODOHAN itu.


"Dear Smokers,
Please get a plastic bag and cover yourself whenever you want to start smoking to enable you to enjoy the smoke 100% by yourself. I don't want any percentage of it nor do my friends & children who don't smoke. Don't kill me too if you want to kill yourself. 
Regards, Your Friend :)"


10 Sebab Mengapa Islam Mengharamkan Rokok.

1. Rokok menjejaskan akal (mental) 

- tu yang dapat gelaran BODOH tu.
.
2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal 

- mati pucuk pun salah satu daripadanya.

3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain. 

- boleh membawa maut, tahu??

4. Rokok membahayakan keturunan

- kemungkinan besar korang takkan ada keturunan.

5. Perokok mengganggu orang lain.

- asap rokok mampu merimaskan! grrr

6. Rokok menimbulkan akhlak buruk

- sukar nak dengar/terima nasihat orang lain. Bajet dia aje yang betul. 
Kemudian berbalah. What the? 

7. Rokok mensia-siakan waktu hidup

- elok je Tuhan tulis di Loh Mahfuz yang korang akan hidup selama 63 tahun terus jadi 36 tahun disebabkan kebodohan korang.

8. Rokok bercanggah dengan maruah Islam

- Islam mengajar penganutnya untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan. Bukan membunuh DIRI!

9. Rokok membazirkan harta (wang)

- Rm300/month habis macam tu saja. Bengong betuiii... 
300
x  12
_______
3600
__________
Hitung berapa tahun pula korang dah merokok. Perghhh mesti duit tu boleh buat kahwin!


10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

- kau beli/hisap rokok, sama je macam kau beli/hisap/hirup dadah dan arak. Gila!!!


 “Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” 
(Surah Al-Baqarah, ayat 195)

Ambillah nasihat ini dengan pemikiran yang terbuka walaupun bahasa yang aku/tukang buat iklan tu agak kasar.
Kasar bukan sebab kami BENCI dengan para perokok tegar tapi sebab kami ambil berat pada korang. *Sila terharu cepat!*

Rugilah dalam usia yang muda ni korang lebih ikutkan nafsu sehingga memudaratkan diri sendiri. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

26 bicara tanpa suara:

mr ringgo berkata...

NO KOMEN HAHAHAHAH

Fira hilwa berkata...

xpe, ringgo. aku phm.. haha.
tp klu blh, usaha la utk kurgkan, nti blh kawen ngn nurul cpt2 :D

anez zamri berkata...

nice entri :)

eiykaaayoii berkata...

sejak bila dlm rokok ada arak ?
-.-'

mr ringgo berkata...

11 ler....

Fira hilwa berkata...

kandungan rokok.

1. Sianida adalah senyawa kimia yang mengandung kelompok cyano.

2. Benzene juga dikenal sebagai bensol merupakan senyawa kimia organik yang mudah terbakar dan cairan tidak berwarna.

3. Cadmium sebuah logam yang sangat beracun dan radioaktif yang ditemukan baterai.

4. Metanol (alkohol kayu) adalah alkohol yang paling sederhana yang juga dikenal sebagai metil alkohol.

5. Asetilena (bahan bakar yang digunakan dalam obor las) merupakan senyawa kimia tak jenuh yang juga merupakan hidrokarbon alkuna yang paling sederhana.

6. Amonia ditemukan di mana-mana di lingkungan tetapi sangat beracun dalam kombinasi dengan unsur-unsur tertentu.

7. Formaldehida cairan yang sangat beracun yang digunakan untuk mengawetkan mayat.

8. Hidrogen sianida adalah racun yang digunakan sebagai fumigan untuk membunuh semut. Zat ini juga digunakan sebagai zat pembuat plastik dan pestisida.

9. Arsenik adalah bahan yang terdapat dalam racun tikus.

Atiqah Wadiah berkata...

nice entry dear^^..SAY NO TO ROKOK

A.I berkata...

kalo aku mmg tak la nak merokok.
pompuan kan. hehe.

tp adik2 aku? ayah aku? adoi.
susah nak cakap.
skg dah malas.
plus aku pon dah macam immune. fuh

Orang Kita berkata...

entry berguna~ ^^

Haikal Blank berkata...

arghh!! arghh!! arghH!!

hehehe good entry. dan kartun 'CIGS' tu amat2 menarik. siot. betul2 makan dalam.

aku tertunduk kebawah. hurm.

.::: mr IQ :::. berkata...

Rokok dan Aku
Perokok, jgn menyusahkan orh lain...

rAtu saLju™ berkata...

salam fira...


pesanan penaja company ratu salju..ucap TAKNAK pada rokok!..
salam ramadhan dear!:X

Fira hilwa berkata...

yep. katakan tak nak pd rokok! :)

sbnanya entri ni pn dtuju pd sorg adk aku. dia dh bc pn, tp yeaahh klu dh nmnya perokok, bgla nasihat mcm mn pn. msk telinga kanan, klua telinga kiri. lantak lah. teringin sgt nk mati cpt + sia2.

so hrp2 klu ada yg br bljr nk hisap tu dan terbaca entri ni, ambil pengajaran.

paie berkata...

menci rokok! tak suka..gi jauh2 hehehe..

sakuraadibah berkata...

stuju 100 %

Ze_Mhis berkata...

saya terharu. semua ayat di atas adalah betul. sob sob sob... bila la rokok nak hilang dari muka bumi ye?

Fira hilwa berkata...

rokok xboleh dimansuhkan sbb rokok pn tmasuk sebahagian hasil pendapatan negara. sama juga mcm arak.
jadi benda ni bkn nk tunggu mansuh/lenyap br org taknak merokok. ianya bergantung kepada individu itu sendiri :)

adysuR berkata...

Rokok oh rokok~
Amat sensitif pada asap rokok. Dari jauh dah batuk. >.<

Fira hilwa berkata...

samalah kita. sensitif juga dgn bau rokok. mmg otomatik sesak nafas tp kdg tu kalau segan nk tegur, diam kan aje & tahan jela nafas selama mn yg blh... sgt kejam itu perokok! x(
spttnya dorg kena consider. dh tau rokok tu blh bw mudarat pd org lain, merokok la jauh2. xpun dgn geng2 dia je, ni x... bodoh piang betulll ~x(

kaizen berkata...

congrats!!! moge semua perokok mendapat iktibar...

*pasang button +1 tu leh tekan sbb benda ni elok disebarkn...

Unknown berkata...

rokok bagai penyakit yg tiada ubatnya..

Fira hilwa berkata...

@kaizen kalau ada fb, klik je button like tu, dah boleh shared di wall secara auto :) lagipun tak reti nak letak +1 tu :D

scha cha berkata...

entahla perokok nie..
dorg xksian kew eh kat orang sekeliling nie?
fedup tau aku..
kadang kadang aku rasa aku sempot nie pown sebab ada keliling perokok jah..

Mior Syabab berkata...

tersangat best entri. harap2 headshot la dkt si perokok tegar luar sana tuh. hehe

Chachos Cheezy Wedges berkata...

oooo... entry nie lg best!! teros tembak kpd perorkok... hahahaha!!

Fira hilwa berkata...

itu pun kalau si perokok terasa ditembak.

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB