Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Sabtu, 14 Mei 2011

betapa PARANOID-nya aku

Entah. Tak tau kenapa nak buat tajuk macam tu.
Kena dengan diri aku kot... tak pun memang aku dah tak tahu nak guna istilah apa.
Paranoid tu untuk orang sakit jiwa, sakit mental. Aku sakit jiwakah? Erm... perlu jumpa doktor psikologi tak rasa-rasanya?
Setakat ni doktor psikologi aku Tika jela. Hik hik hik.
Tapi dia takde pun cakap, "hee kau ni menakutkanlah, macam orang gila dah aku tengok!"
Mungkin dia tak nak kecikkan hati aku kot... Erk! 
Tapi kalau aku jadi dia, dan berkawan dengan orang sakit jiwa aku akan takut. Tapi dia tak takut pun dengan aku... Bukan dia je, Zack pun sama, Kak Ida pun sama siap boleh tidur sama-sama lagi.. Ngeee


Definisi paranoid: 


Paranoia adalah proses pemikiran yang terganggu yang cirinya adalah seperti kecemasan atau ketakutan yang berlebihan, sehingga tidak bersifat rasional dan timbul delusi. Pemikiran paranoid biasanya disertai anggapan akan dianiaya oleh sesuatu yang mengancamnya. 
Dan juga, kecenderungan untuk mengesyaki dan tidak mempercayai orang lain dengan berlebih-lebihan. 


(ehsan: wikipedia)







sila baca ayat ni berulang-ulang kali.
 Lepas habis baca entri ini pun sila baca balik ayat ini.
Motif???
 Korang akan nampak dengan mata hati korang fungsi ayat ni.
(bajet pakar psikologi sangatlah ni)



Sebenarnya, dah dua hari dah aku fikir pasal benda-benda yang buatkan aku jadi manusia paranoid ni.


Ada TIGA sebab kenapa aku cakap aku ni paranoid;


SATU


Aku suka mengesyaki sesuatu dan susah nak percaya dekat orang. Aku perasan penyakit ni serang aku pun pada tahun 2009. Entahlah, mungkin sebab dulu aku senang je percaya orang.
Senang je nak share cerita itu ini kat orang.
Senang je nak kongsi rasa hati ni pada orang.
Dan orang tu bukan seorang tapi ramai. 
Konon kan... pemikiran dulu suci sangat sampai rasa diorang mesti lebih faham aku lepas ni; lepas aku cerita semua-semua itulah.
Dan akhirnya, dalam ramai-ramai tu hampir seorang pun aku tak boleh nak percaya dah sekarang ni (kecuali orang yang aku dah mention kat atas tu & some other people yang memang aku trust).
Mungkin sebab aku tak kenal sangat diorang dan diorang pun tak kenal sangat aku, tu yang mudah je diorang nak judge aku ni macam-macam.
Macam-macam yang aku tak boleh terima.
Macam-macam yang aku rasa "betul ke aku pernah buat semua tu?" << u know what i mean? Cerita yang diputar-belitkan. Benda yang aku tak buat tapi diorang reka cakap aku pernah buat semua tu.
Nonsense! Dan sebab tu aku jadi takut giller nak letak kepercayaan yang tinggi pada orang.
Kadang kalau aku bercerita dengan orang, aku pun dah sangsi orang ni boleh percaya ke tak. Tengoklah, kalau aku rasa orang tu memang 100% aku TAK BOLEH percaya memang aku pun bantai jela mengaku benda yang takde dan menidakkan benda yang ada.


"Don't PLAY with me
coz u know i can PLAY better than you"


Sekurang-kurangnya lepas dia buat 'sheet' dengan aku, takdelah aku nak bengang sangat kan...
Apadehal, kau bukan tahu apa pun pasal aku.


Mula-mula nak berubah macam ni dulu aku rasa macam aku ni dah kejam pada diri sendiri.
Tiba-tiba rasa macam ni bukan aku. It wasn't me! Sebab kita yang kenal diri kita sendiri.
Tapi lepas apa yang berlaku dan ianya masih berlaku aku rasa memang aku harus transform diri aku kepada manusia yang lebih kental (atau kejam??! Entah...)


Betullah, jaga hati dan perasaan orang lain lebih penat berbanding menjaga hati dan perasaan sendiri.
Sebab penat itulah aku mula bertukar. Henshin! :P


Tapi itulah, mungkin sebab dari kecil dah diajar tentang dosa, pahala, jadi kalau aku bersikap kejam pada orang yang kejam dengan aku (balas dendamlah senang cakap) hati tu sebenarnya tak rasa puas pun. 
Itu yang kalau dah geram sangat aku boleh menangis, boleh jadi pemurung.




DUA


Lepas baca novel Sweet Sour yang.. err.. err... pffttt -__-"
Oklah, terus terang. Aku susah nak percaya kepada sebuah institusi kekeluargaan.
Aku risau kalau aku kahwin nanti aku jadi tak percaya pada suami aku. Kau gila tak percaya pada suami sendiri??
Aku bilang KALAU ok!
Sebab aku dah nampak natijahnya apabila seorang perempuan/lelaki memberi 100% kepercayaan pada pasangan diorang, mesti pasangan tu ambil kesempatan.
Aku rasa ini pun sejenis paranoia.
Ya, paranoid kepada sesuatu yang belum jadi tapi aku dah bayangkan jika ianya terjadi 
(dan sekarang ni aku seperti nampak ummi marah-marah aku sebab ummi dah banyak kali pesan Rasulullah tak suka ayat KALAU/JIKA dan Allah tak suka manusia memikirkan perkara yang belum jadi, sebab apa yang kita fikir tu selalunya belum tentu akan terjadi) 
tapi bagi aku yang belum jadi itulah kita harus fikir supaya kalau terjadi (KALAU again) hati kita takdelah seperti kena bom - meletup dan berkecai.
Aku tak nak kisah aku sama macam kisah novel. Kisah novel banyak fantasi.
Mana fantasi yang best tu aku sukalah, fantasi yang merepek yang sakit jiwa macam Sweet Sour tu aku tak suka. Sebab kalau aku jadi Lia aku takkan simply-simply nak maafkan suami yang macam tu. Dan kalau aku jadi Joe aku takkan kental untuk tunggu si Lia yang sanggup lari dan tinggal dengan adik ipar sendiri. Tak logik!


Mesti semua lelaki yang baca kebenaran ini cakap aku gila dan tak nak kawan dengan aku dah...
Hahaha.. well... macam aku cakaplah aku tak suka orang judge aku ikut suka-suka hati je.
So jangan nak melampau sangat nak menambah perisa dalam kata-kata aku tu.




TIGA


Dan aku bertambah-tambah paranoid selepas aku diancam dan aku mula rasa terancam.
Blog ni umpama nyawa aku.. err.. mungkin hati kot... untuk aku luahkan segala yang terbuku dihati.
Macam yang aku tulis kat tepi itulah, sebab sukar untuk orang baca hati kita, apa salahnya kita bercerita di sini. Sekurang-kurangnya orang boleh tahu apa yang ada dalam hati dan pemikiran kita walaupun dia tak cuba pun untuk memahami. (Ada aku kesah??)
Kenapa aku tukar URL blog padahal aku rasa tindakan itu memang sangat-sangat tidak bijak!
Sebab macam aku cakap tulah, aku ni paranoid! 
Orang baru je ugut nak hack blog aku, aku dah menggelabah tapir.
Terus tukar segala-galanya padahal kalau ikut kewarasan akal yang ada sekarang ni aku cuma perlu tukar email je ponnn... Dan mungkin juga terlalu paranoid dengan orang yang pernah menuturkan pada aku, "blog Fira tu umpama hati dia.. Kalau kena hack mesti dia lagi sedih kan??" vavis sungguh kata-kata itu. Dahlah yang menuturkan itu musuh ketat, terror pulak tuh bab-bab programming computer dan yang seangkatan dengannya. Macam manalah aku tak gelabah?
Lepas tu boleh pulak aku rasa dialah Encik Anon yang komen entri aku (sedangkan aku tukar URL blog pun sebab tak nak dia menjengah blog aku neh! ggrrr)... 


Ala sebenarnya boleh je aku tak fikir pun En Anon tu dia. Tapi nak buat macam mana... 
Dah namanya penghidap paranoia jadi bermacam-macam andaianlah yang bermain dalam kepala otak sampai rasa macam nak upah Detektif Conan untuk selidik betul ke tak telahan aku ni...


Shishh... susahnya bila jadi paranoid ni semua orang nak disangsikan.
Sampai dah tak tahu nak nilai orang tu betul-betul baik atau baik ada maksud atau sebenarnya tak baik punnn...
Tapi yang penting apa yang naluri aku cakap selalunya betul...
Setakat ni hampir semuanya tepat.
So lepas ni kalau aku ada sangsi sikit dengan sesiapa tak payahlah nak layan orang macam tu. 
Penat dah jadi bodoh. Sebab selalunya orang yang kejam tu memang nampak sangat pandai walaupun dia sebenarnya bodoh.
Betul, tak percaya korang tengok keliling korang... Hahaha... 



8 bicara tanpa suara:

Tanpa Nama berkata...

akupun seorg yg paranoid~~smpikn 1time i'm being too paranoid to every single things n i hate it,hate myself,huhu~~but now i try not to be, so i start to xamik kisah, mls nk think deep sngt pasal bende2 ape2 pun~~so, 2jerkla cranya, jgn amik ksh sngt pe yg xsepttnye, mkn pk mkn trok ase, n ianya menyakitkn, kn~~huhu,peace no war (~,~)\/

Fira hilwa berkata...

@Tanpa Nama tahniahlah sbb aku mmg xlyn Anon tp ayt ko ni bt aku nk balas je sbb rasa mcm knl. adakah kita kenal? jeng3.. hehe

btlla tu, xpyh pk. klu xnk pk jgn lyn org/perkara yg mnyakitkn 2. kdg2 agknya mmg Tuhan nk uji, mcm mn elak pn ianya ttap blaku.
btullah jugak yg org ckp hidup ni merupakan ijazah dr jalanan. byk sgt yg kte belajar smpi kdg2 ianya tlalu mnyakitkn...
nk bt xtau xblh sbb org bckp ttg kte, nk amek tahu pn xblh sbb blh jd gila. jd pe lg harus kte bt??

Anna berkata...

seriously, saya pun ada rasa mcm tu, jadi, sya dah google lah, mmg betullah, Pranoid lah mksdunya,
Sya slalu mrasakan kawan sya nilai sya...
sbenarnya, sya sndiri mmg dah rasakan, sejak kecil sya tak cmpur kawan, slalu mnyendiri, sbb kluarga, sbb dah tlalu dkat dgn Mak,
Sya bukan anak yg lincah, kawan slalu pinggirkan juga pnyebab sya mcm ni, trlalu Paranoid...
kdang2 sedih dgn nasib mcm ni...

Fira hilwa berkata...

@ Rafik
umur awak brp? mmg sampai sekarang ke ada rasa semua tu? sy alhamdulillah dh ok. ok sikitla drp masa sy taip entri ni agk teruk. err sgt teruk actually. slh satu langkah utk elak paranoid keterlaluan sematkan pemikiran positif dlm diri. yup, sy fhm jgkla apa yg awk rs sbb sy pun pnh kan lalui semua tu. tp sampai bila? takkan selama2nya kita nk paranoid dgn org, dgn kwn... bnd2 camni pn blh beri efek pd org keliling. btkan org menyampah dgn sikap kita, org xnk kwn... jom b positif! klu kt fb tu awk like la page ustaz ustazah yg selalu beri kata2 yg baik. mcm sy, sy sgt tkesan dgn kata2 Prof Muhaya, Ustazah Siti Norbahyah & mereka2 yg selalu update kata2 positif ;)

perlahan2la menuju perubahan. sy tgk website awk pun bagus. klu awk xberi komen kt cni sy xkan sgka awak penghidap paranoid mcm sy jgk. haha

Tanpa Nama berkata...

nk kata paranoid ni tak lah jugak, kdng2 terlalu memilih kawn lah. dah la dduk hostel, mmg stiap kali nak kluar je mesti kunci almari, takut kena rompak, haa tu pun panaroid jugak, .. kalau tgk cite KIL(2013) tu cite pasal paranoid gak. rasa mcm Akil tu saye je . haha

Fira hilwa berkata...

Hahah ok, faham. sbb sy pun layan gak KIL... tp kira tu paranoid yg positif la sbb berhati2..ada org paranoid dia smpi ke arah berburuk sangka pd org. contoh bila ada org pndg dia lain mcm sikit mula la dia nk anggp org tu hina2 dia dlm hati pdhal blh jd sbb muka dia mcm someone yg org tu kenal ke kan.. :) jom b positif!

Tanpa Nama berkata...

paranoid ni tak serius sgt, tp kalau social anxiety tu lagi serius kot. tau tak ? :(

Di Puncak Gemilang berkata...

@Fira Hilwa ... umur 22, terima kasih atas sdikit sbanyak nasihat tu, inshaAllah, think posotive lebih baik, bprasangka baik adalah d tuntutkan, terima kasih skali lg

-Muhammad Rafik Bakhtshiren

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB