Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Rabu, 27 Julai 2011

Bebas

Aku harap ini entri last aku sebelum Ramadhan tiba.
Ah, bajet macam ada yang baca je. Beranganlah!



Bebas. Jika sebut bebas, mesti terbayangkan burung, kan?
Sangat asyik kalau lihat burung-burung berterbangan di angkasaraya.
Tiba-tiba muncul di benak mahu menjadi seekor burung juga. Boleh hidup bebas.
Terbang ke mana aja yang diingini.
Tapi imaginasi itu selalu sahaja musnah apabila terlihatkan kenalan abang aku dan kawan-kawannya ketika kecil yang suka melastik burung.
Owhh, jadi burung juga tidak seronok, adakalanya kebebasan itu akan direnggut tanpa belas kasihan.
Terus angan-angan mahu menjadi burung musnah begitu sahaja.

Tak, aku bukan mahu bercerita tentang burung yang bebas.
Tapi mahu berkisah tentang manusia yang sering menginginkan kebebasan.
Kebebasan dalam segala segi, bebas bersuara, bebas cara berpakaian, bebas daripada pemikiran yang kolot, bebas daripada cengkaman undang-undang Allah (erk!). Jika tidak, takkanlah tidak menutup aurat itupun dipanggil satu bentuk KEBEBASAN, bukan?
Kerana penangan filem Perempuan Berkalung Sorban (serban) yang disiarkan di stesyen Alhijrah tadi, 
aku mula terfikir tentang ini.
Lupakan kontroversi yang pernah melanda filem arahan Hanung Bramantyo dan juga novel tulisan Abidah el Khaliqi ini. Ambil isi yang ingin disampaikan sudah mencukupi.


Ceritanya agak berat tetapi yang cuba diketengahkan ialah kebebasan wanita dalam menuntut hak sebagai seorang Muslimah.
Menjadi seorang wanita itu tidak mudah, menjadi seorang lelaki juga tidak mudah.
Kalau mudah, tidak mungkin proses kelahiran seorang khalifah itu sakitnya seperti mahu mati!
Masing-masing ada peranan dalam memegang amanah Allah. Sama ada kita mahu menggalasnya ataupun mahu mengabaikannya, bergantung kepada diri kita sendiri.

Teringat kata-kata Ibnu Abbas,

"Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. 
Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. 
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. 
Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan"


Kebebasan itu harus dituntut tetapi tidak perlulah sehingga melanggar hukum Allah.
Cukuplah seadanya kerana semua itu akan disoal.
Kalau mati itu seperti mati katak, tak apalah nak buat sesuatu apa pun.

Dulu (ketika aku kecil) aku selalu bertanya, kenapa keluar rumah kena bertudung?
Kenapa tak macam perempuan dalam TV itu yang cantik aje berpakaian mengikut postur badan.
Bila dah besar, mula belajar, mula mempraktikkan sesuatu yang aku lihat itu dengan apa yang kita sedia maklum tetapi tidak faham maksud dan tujuannya.
Contoh, jika aku tidak bertudung, aku rasa kalau aku kahwin tiada apa yang istimewanya aku pada pandangan suami aku (eh, aku bagi contoh pasal kahwinlah! Aku ke ni? Hoho)
Ok, contoh lain, jika terlalu bebas ke sana ke sini tanpa ada orang halang, tanpa ada orang tegur perbuatan korang, tanpa ada yang ambil kisah. Waima kalau korang mati sekalipun, tiada yang peduli. Rasa-rasanya korang akan gembira tak?
Suka tak??? Gembira? Kalau aku, arghhhhhhhhh stress kotttt! Rasa macam semua orang atas dunia ni tak sayang aku, rasa macam Tuhan pun tidak pedulikan aku yang 'baik' ini!
Haaa sebab itulah macam Ibnu Abbas sebut tu, buatlah sesuka hatimu tetapi harus ingat, ingat dan ingat akibat-akibat daripada perbuatan itu.
Paling harus diingati, buatlah sesuka hati tetapi ingat, aku, kamu dan dia juga akan MATI.
Dan hayatilah firman-firmanNya kerana dari situ, kita akan menemui kebebasan yang indah.
Yang kekal abadi, insyaallah~


Dan ianya boleh juga digelar Soltura! hehe.. sempat lagi aku teringat penerangan Firol tentang soltura :P

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua pengikut blog dan
tetamu yang datang berkunjung.
Maaf atas segala salah silap.
Moga Ramadhan tahun ni lebih baik drp tahun yang sebelumnya. Dan lakukanlah segala amalan dgn ikhlas kerana Allah Ta'ala :)

Nah, layan video best sempena Ramadhan.


7 bicara tanpa suara:

Orang Kita berkata...

like3~~ ^_^ bebas2 pun kita masih ade hadnye kan,, huu

Haikal Blank berkata...

Bebas. ya, bebas itu seronok, tapi jika kena dengan definisinya. Terlalu bebas itu GILA.

Lihat saja orang gila, dia bebas segala. Tak ada siapa mahu begitu bukan?

yup, kebebasan milik semua. Tetapi batasan agama jangan dilupa. betul kata kau, aku taknak hidup aku macam sampah, tidak dipeduli sehingga aku mati. hmm...aku mahu juga berjasa. :)

Fira hilwa berkata...

@Popoi betul...betul...betul... ;)

@haikalblank yeahh terlalu bebas itu GILA. aku suka dgn ayat tu :)
aku juga mahu berjasa :')

A.I berkata...

hidop bebas..............
sangat seronok.
tapi rasa kurang aksih sayang.


neway selamat berpuasa jugak ;)

Fira hilwa berkata...

@AISHA INANI kurg kasih sayang tu yg xseronok. sbb dr ctu terjadinya 'tragedi' meminta kasih syg org lain... hak3 =))

Amal berkata...

sebenarnya sebenarnya sebenarnya aku macam nak tengok movie tu. tapi rumah aku tak ada astro (eh astro ke?) so nanti aku nak donlod ah. terima kasih bagitau pasal movie yang sedap. :)

Fira hilwa berkata...

@Amal Hamsan eh, bkn astro la, dia kt tv biasa, kne search r channel dia. ala tgk kt utube je, tu pun kalau faham la. kt tv aritu ada subtitle, sng sikitlah nak faham :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB