Peringatan Hari Ini

Sabda Rasulullah SAW "Di antara baiknya Islam seseorang, ialah MENINGGALKAN apa yang TIDAK BERMANFAAT baginya"

[12 November 2011]

Isnin, 3 Januari 2011

Pengakhiran tahun 2010 yang [dot] [dot] [dot]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat tahun baru Masihi semua!
Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia...
Jalani sepanjang tahun ni dengan senyuman, ok?!

Entri yang ni nak cerita pasal pengalaman join program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) - Raudhatus Sakinah.

Pasal entri sempena tahun baru 2011 insyaallah update entri yang lain.
Ingat nak campurkan sekali dalam entri ni tapi macam banyak pulak, kang bukan setakat korang je yang malas baca, aku tuan punya blog ni pun malas nak baca. Teehee..

Sebelum teruskan bacaan aku nak bagi warning, entri ni panjang.
Panjang sangat! Kalau rasa malas nak baca, baik jangan teruskan...
Sekian, terima kasih.

Aku dapat info pasal ABJZ ni dari MZM-fc tak silap.
Masa tu macam tertanya-tanya jugak, apa motif perhimpunan ni?
Nak suruh kita berkempen untuk ABJZ ke? Serius, aku tak pandai nak bercakap.
Almaklum, sedar diriku ni macam mana. Tak layak kot nak nasihat-nasihat orang...
Sekali tu, buka laman web Raudhatus Sakinah. Baru faham rupanya perhimpunan ni untuk kesedaran remaja tentang bahaya zina. Bagi aku bahaya budaya coupling jugak. Takde couple, takdelah terjadinya zina.
Betul tak? Betul tak? *jap lagi mesti kena hentam dengan diorang-diorang yang couple, kemudian mereka-mereka itu akan bercakap mengenai syariat Islam. Konon percintaan mereka penuh dengan cara yang ditetapkan oleh syariat Islam. Bagi aku orang yang memiliki iman yang betul-betul kuat je yang mampu melakukannya, kalau tak kuat iman... hmm.. sekadar mulut dan tangan yang bakal disoal tu je yang berani berkata dan menaip macam tu.. Wallahualam*

Mula-mula daftar dengan dua orang adik-adik aku. Ipah dan Nisa'. Tapi last minit semua ada hal. Ipah dapat jemputan majlis kahwin kawan dia. Nisa' pula baru habis SPM dan mohon kerja di Jusco, OU dan dapat jugak tawaran kerja tersebut. Maka aku terfikir-fikir mahu mencari siapa sebagai teman. Sekurang-kurangnya aku tak kekok kalau bersendirian kat sana sebab aku yakin yang pergi sana semua ada kawan masing-masing. Malu ah dah tua tapi masih tak pandai bawa diri.
Nampak Moon online kat bukuwajah, terus chat dengan dia. Tanya dia nak ke taknak.
Masa tu tarikh isi borang penyertaan dah tutup. Takpe, aku try juga dengan alasan ganti my sister.

Bila pihak Raudhatus Sakinah (RS) bagi emel pemberitahuan tentang kelayakan untuk join program tu, terus dengan internet yang sengal macam nak cari gaduh masa tu, aku cuba jugak sedaya upaya untuk tanya tentang ganti orang tu.
Akhirnya pihak RS balas cakap BOLEH.. wahhh syukur! Syukur!


31 Disember 2010 

Hari yang dinanti telah pun tiba. Entah ye, masa tu macam excited tapi hati berdebar-debar tak keruan.
Entah kenapa. Dah lama perasaan macam ni tak wujud.
Aku bagitahu Ipah dan Nisa', " Jantung aku berdegup dup dap dup dap weh."
" Ayokkkk.." serentak dua-dua tu cakap camtu. Haihhh takpelah. Kalau degupannya tak teruk maknanya takdelah perkara yang memalukan terjadi. Boleh ek camtu? Hahaha...
Janji dengan Moon lepas zohor nak keluar, lupa hari tu hari Jumaat. Maka janji pun tinggal janji.
Nak suruh Awwab atau Adib hantarkan pergi komuter tapi Ummi bagitahu Walid nak keluar.
Nak pergi KL jugak. Okeh, ikut Walid. 
Pukul 3.30 aku keluar rumah. 
Dalam kereta Walid tanya macam-macam pasal program. Walid tanya persembahan Aisyah dengan Kumpulan Saff-One nanti buat kat mana. Aku cakaplah Pusat Islam.
"Eh, bukan Maher Zain pun ada kat TV Al-Hijrah ke masa tu?" Hoh?!!

Tapi paling best bila Walid cakap, "entah-entah ada Maher Zain. Dia belum balik lagi kan?"
Aku macam terbangang-bangang seketika. Uishh bertuah bertambah-tambahlah kalau dia ada.
Dahlah dapat tengok free of charge!
" Ada ke?" soalan begok yang keluar. Kau pikir bapak kau kerja dengan RS? Hahaha. Eishh tapi bukan Walid on the way untuk mesyuarat dengan stesen TV Al Hijrah ke? Whoaaa!
" Ada tu.. mesti ada tapi diorang saja taknak bagitahu. Kang ramai pulak yang serbu." Aku diam je. Tak bolehlah.. nanti aku berharap pula Abang Maher ku datang tapi dia sebenarnya tak datang pun. Kang kuciwak, siapa nak jawab?... huhu.

Rupanya Walid tak jadi hantar aku sampai KL.. sob sob...
Kenalah jugak naik komuter dalam pukul 4 tu.
Masa Walid berhenti singgah bank,elok je Walid parking kereta berdepan dengan kereta Pak Teh, jadi bertegur sapalah sekejap. Pak Teh, Mak Teh satu family rupanya baru balik dari Perlis. Berhenti tu sebab nak pergi kedai makan yang berhampiran. Tak sangka boleh jumpa. Masuk ni dah dua kali terserempak macam tu. Dulu tu masa raya, kawan Ummi dengan Mak Teh buat open house, terserempak jugak Pak Teh satu family kat tengah jalan. Alih-alih konvoi sama-sama.

Kat stesen nampak sorang budak perempuan ni. Gaya macam nak join gak program ni tapi aku ni takdelah ramah mana sampai nak bertanya tak tentu pasal.
Tak sampai 5 minit naik train, Moon bagitahu dia dah sampai stesen KL.
Sampai-sampai tengok baju kitorang pakai sama pattern.
Terluncur dari mulut, "bagus... parti pembangkang kita hari ni. Sorang PAS, sorang PKR," sebabkan dia pakai baju plain warna hijau, aku pulak warna biru laut... hahaha... Ops! Apa-apa pun, undian adalah sulit. Ayat tersebut tak membawa maksud apa-apa. Sekadar gurauan spontan. Teehee..

Maka dengan berbekalkan memori kali pertama dan terakhir aku berjalan kaki dari KTMB ke Masjid Negara pada tahun 1998, aku cuba mengingati balik cara nak ke sana. Haha.. Termasuk juga Ipah ada bagitahu tapi aku tak boleh nak imagine satu apa pun arah jalan yang dia bagitahu. Sian kau, habis air liur kau kan, Pah? Hehe.

Kami berjalan berdua diekori dua orang budak lelaki juga dan aku yakin diorang nak pergi tempat yang sama. Budak? Err sebab aku pasti diorang lagi muda dari kitorang.. hehe.
Tapi aku agak diorang pun kekeliruan arah. Agaknya diorang dengar aku tanya jalan keluar nak ke Masjid Negara pada orang KTM, maka diorang pun follow kitorang dari belakang. Sehingga nampak signboard Masjid Negara, baru diorang jalan depan dan nampak dah macam musyrif kitorang pulak, lagi-lagi dua-duanya nampak alim je.. Weee :D *nasib baik adik, kalau tak i dah ngorat dah.. haip! haip! hehe*

Sampai tangga masjid negara, kami berempat tercegat. Alih-alih si musyrif berdua meninggalkan kitorang terpinga-pinga. Heii! Belum layak jadi musyrif rupanya korang neh... bhahaha. Sekali tanya dekat penjaga masjid. Ayat spontan,
" mana tempat wudhu' perempuan ye?" Ok, soalan ni memang logik walaupun takde kena mengena. Tapi disebabkan kitorang sampai situ azan asar baru je lepas berkumandang takkan nak tanya tempat pendaftaran kan... Tak patut.. Tak patut... Bila encik penjaga masjid tunjukkan tempat, barulah aku bertanya tujuan yang sebenar. Dia cakap dekat tingkat atas. Tengah berjalan masuk dalam masjid aku ternampak seseorang baru turun tangga. Alamak! 

Tahu siapa? Akhi Fairuz atau aku gelarkan dia pada Moon, Tuan Presiden MZM-fc.. haha.. Sebab Akhi Fairuz sendiri invite Moon join MZM-fc (Maher Zain Malaysian Fan Club), jadi masa mula-mula tu aku cakap kat Moon, "bertuahlah kau sebab tuan presiden sendiri invite. Dah mcm VVIP pulak. Padahal masa aku join MZM-fc dulu takde pun di-invite, sendiri cari je.. haha". 

Jalan ke depan, ke arah Akhi Fairuz lalu tu, aku ternampak ayat 'pendaftaran' sekali datang dekat rupanya ayat dia 'Pendaftaran Fasilitator' <- harap maaf, anda tak layak! Hehehe. Jadi, bertanyalah pada fasi yang ada kat situ mana tempat nak daftar untuk peserta. Dan dia bagitahu arah. Masa tu nampak jugaklah sipi-sipi si Fairuz ni, tapi takkan tiba-tiba nak tegur. Sekali dia cakap tak kenal, malu je aku... wuwuwu.. Lagi-lagi kalau dia cakap, "kenal tapi tak cam sebab kat gambar lagi lawa rasanya" T___T sadis! huhu. Imaginasi over lah aku ni -__-" Tapi aku tak bagitahu Moon pun. Dah naik tangga tu baru aku bisik kat Moon bagitahu pasal tuan presiden. Moon kata dia tak perasan.

Lepas pendaftaran, dibahagikan kumpulan dan tempat penginapan. Kitorang solat asar kat dalam tempat penginapan tu. Kemudian barulah wujudnya sesi ta'aruf yang singkat, terlalu singkat.
Sampai balik tu aku tak ingat semua nama peserta. Yang aku ingat Fiqa, Mimi, Illi, Atiqah, Farih.. lagi..lagi.. lagi.. Moon tak payah cakap, orang lain panggil dia Suria aku je panggil Moon dah macam panggil nama manja minah tu pulak bila ramai-ramai camtu.. Hahah.. tak sesuwaiii.. 
Fiqa aku ingat nama dia sebab nama kitorang hampir sama cuma yang membezakan Q dengan R.
Mimi pulak sebab minah tudung labuh ni dari mula-mula nampak aku dia asyik senyum je kat aku. Manis pulak tu dia senyum. Sekali kenal dia, dia memang baik... Baik sangat. 
Illi pula sebab dia member rapat dengan Mimi. Masa dia offer diri nak solat Maghrib sama-sama dengan aku dan Moon, memang aku lupa nama dia tapi sebabkan dia rapat dengan Mimi, so ingatan tu kembali pulih.. ngeh ngeh.
Atiqah pulak sebab aku yang pelupa ni boleh pulak tanya dia, " yang nama Atiqah tu yang mana satu pulak?" sekali dia jawab, "sayalah Atiqah," bersepai ketawa Moon dan dia. Aku pun ikut ketawa, ketawa + malu... hahahaha.
Farih pula mesti semua dah dapat agak, bukan sebab nama dia nampak pelik walaupun tuan punya nama tu sendiri mengaku nama dia pelik tapi sebab ejaan nama dia alih je kedudukan A dengan I tu, kan dah jadi nama aku! Hehe..

Lepas tu paling sedih baru tahu aku dengan Moon je yang paling tua... Uwaa...
Fasi yang Moon iya-iya panggil dia akak tu pun baru berumur 21 kot... Haha.. Perasan mudalah kau, Moon!
Beza 3 tahun tu.... hihihi
Yang lain-lain ramainya umur 22. Tapi takpe, bila diorang tanya, "Nak panggil akak ke?"
Kitorang jawab, "eh tak payah susah-susah bagi kitorang nampak tua" Hahaha.. Last-last panggil nama je semua. Senang cerita. Hehehe. Tapi kadang-kadang diorang panggil jugak akak. Janggal kot.. Aku pun janggal sebenarnya... Hiks! Lainla kalau muda 1,2 tahun.. memang i tak kesah.. :P


Kemudian, kitorang ke auditorium TV Al Hijrah yang berdepan dengan Masjid Negara untuk majlis perasmian program. Sampai sana memang orang dah penuh. Lagipun kitorang ni antara-antara kumpulan yang lambat.
Selesai majlis perasmian, kitorang makan malam. Nasi putih berlaukkan sayur dan AYAM (kenapa ayam huruf besar? Ada cerita selanjutnya... jadi, sila baca entri ni sampai habis... ngeh ngeh ngeh.. tanduk dah keluar) Ahaks!

Lepas maghrib, dengar ceramah maghrib...
Errr boleh nak komen tak? Huhu..
Ustaz (maaf aku lupa nama dia), kenapa suka bagi contoh yang susah-susah?
Padahal benda yang nak disampaikan tu boleh disampaikan dengan ayat termudah atau contoh yang paling mudah tapi ustaz tu punya belitan ayat... warghhh.. menguap sampai beberapa kali. Sampailah aku nampak Moon khusyuk pandang sesuatu di sudut tepi masjid. Agak dah fikiran minah tu dah ke lain.

" Oii, kau tengok apa?" Aku pandang apa yang dia pandang. Nampak seorang lelaki tapi tak pasti bangsa apa, sedang bersujud.
" Tu, lelaki tu. Dia solat macam peliklah." Aku kerut dahi. Maaf ustaz, ceramah ustaz saya tak dapat ikuti sebab saya tak paham... T__T
Lelaki tu sedang duduk tahiyat. Aku dan Moon terus memerhati. Ok! Got it! Apa yang peliknya, orang tu solat tapi mata dia tak pandang tempat sujud, mata dia meliar... Hahaha.. aku tergelak.
" Bolehlah Moon macam tu, asalkan dada dia masih menghadap kiblat."
" Ya, aku pun tahu.." balas Moon. Memang nampak pelik sebab kita tahu hukum tu boleh, solat masih sah tapi macam tak berapa elok kot buat macam tu sebab aku pun tak pernah nampak orang buat macam tu melainkan si Sopri watak budak lelaki dalam drama Kiamat Sudah Dekat. Teehee..
Sekali henfon aku yang silent tu bergetar. Ada mesej masuk.

"Assalamualaikum. Fira, tolong jaga Moon ye.
Dia sebenarnya tak boleh makan ayam
tapi tadi dia bagitahu dia makan. So ko tolonglah jaga dia.
Takut dia pitam. Badan dia jadi lemah kalau dia makan"
- hamba Allah -

Maaf, nama tak boleh mention tapi kalau orang tu menggelabah mesti kantoi jugak.
So, kontrol jiwakk please wahai Hamba Allah supaya anda tidak mengantoikan diri sendiri... Hahaha.
Ni mesej yang aku bagi ni aku ingat-ingat lupa je, malas nak ambil henset yang entah mana aku campak.
Tapi ayat dia memang tak lebih tak kurang bunyi dan melodi dia serupa.. hehe.

Ok, kembali kepada situasi masa habis baca mesej.
Moon, kalau kau nak tahu masa tu jantung aku hampir menyembah bumi, Moon..
Aku jadi nervous sangat. Aku takut kalau-kalau kau pengsan...
Tapi mesti masa tu kau nampak aku tersengih-sengih kan? Sebenarnya tulah cara aku nak cover gemuruh...
Tapi aku pujuk hati moga-moga kau takde apa-apa.
" Kenapa kau tak cakap kau alah dengan ayam??" Moon dah macam serba salah. Muka dia masa aku tunjuk bagi dia baca sendiri mesej hamba Allah tu pun nampak dah lain. Merah-merah gitu.. Jadi, aku tergelak sikit. Tergelak campur risau sebenarnya. Kemudian dia cuba yakinkan aku yang dia masih ok walaupun alahan dia tu dah mula bertandang. Aku nampak muka dia lain... Dalam hati masih berdoa jangan jadi apa-apa.
Kalau jadi apa-apa aku yang bersalah sebab aku yang ajak dia. 
Menyesal sekejap sebab tak prihatin dengan kawan sendiri. Yang aku ingat Ain je, Ain suka ayam. So masa Moon cakap kat aku lauknya ayam aku ingat dia suka macam mana Ain suka ayam, rupa-rupanya....

Selesai ceramah, kami teruskan dengan solat Isya'. Selagi Moon ok, aku tahu dia masih ok. Tapi kalau dia tak ok macam mana? Takpe, fasi ada... huhu.
Lepas tu terus ke auditorium TV Al Hijrah sebab ada program ABJZ Talk Show dan persembahan artis.
Best-best! Best dengan ABJZ Talk Show sebab aku tahu masa ni lah banyak wasilah atau pesanan-pesanan berguna yang akan disampaikan. Sehingga lupa dengan alahan Moon.

Bila semua dah hadir, tiba-tiba nampak pengacara di atas pentas. Eh, Kak Wardina! Jerit dalam hati.
Yang Moon pulak, "eh cun lah pengacara dia.." aku ingat dia gurau-gurau cakap macam tu. Rupanya memang dia tak tahu tu Wardina Safiyyah... Huhu.
Kemudian Wardina cakap, " Kita tunggu lagi 10 minit ye sebab kita ada tetamu istimewa malam ni. Sekejap je. 9.40 kita mula ok!" 
Aku dan Moon mula excited sendiri, "Entah-entah Maher Zain! Yeayyy!" Hahaha. Tapi masa tu dah datang balik keterujaan siang tadi yang masa Walid bagi andaian Maher Zain mesti datang tu. Huhu.

Wardina Safiyyah

Pergi toilet siap-siap sebab tak nak terlepas 1 detik pun babak yang bakal berlaku.
Instinct memang kuat dah cakap Maher Zain akan datang. Moon pun dah ter-influence dengan instinct aku.. Hahaha...

Sekali bila Wardina nyanyi lagu Assalamualaikum - Rabbani versi ciptaan dia sendiri, terus gamat dewan.
Sampai part dia cakap, " Saya nyanyi tak sedapkan? Tahu dah tak sedap sebab saya Wardina Safiyyah, saya bukan penyanyi bersuara sedap seperti Anuar Zain, Ziana Zain.. lagi siapa lagi.." semua menjerit termasuklah aku.. "... Maher Zain!!!"
" Haaa.. Maher Zain.." kata Wardina. " Siapa tadi yang korang cakap last tadi? Maher Zain? Kan best kan kalau dia ada dengan kita malam ni.." Pergh! Ayat Kak Dina... mencabar kesabaran sungguh! Penuh ketidaksabaran betul bila Wardina ajak dengar Maher Zain nyanyi. Rupanya klip video Insha Allah je yang dimainkan... Huwaa... Nak Maher Zain! Dahlah tengah excited gila ni.


Maher Zain ke tu??

Sekali macam kena histeria semua yang ada dekat situ. Aku tergamam sekejap.
Maher Zain ke tu? Aku tak nampak pun gerangan dia. Aku pandang orang-orang yang sedang menuruni anak tangga tempat duduk peserta. Sekali aku nampak! Betul, aku nampak dia. Nampak hat yang jadi trademark imej dia tu, aku nampak kot hitam tu.. Owh! Is that him?? Oh My Gucci! Tak sangka gila...
Aku cuba tangkap gambar dia dari tempat duduk tapi tak menjadi. Blur sebab jauh.
Aku hanya mampu melihat dia berborak dengan Wardina. Nak try rakam tapi aku tak reti guna kamera Walid tu. Rupanya button untuk rakam tu dekat je, tu pun dah balik rumah baru aku tahu. Aduhai.. sengal giller aku nih. Tapi kalau dapat rakam pun confirm, video pun shaking, lagi pening orang yang tengok... haha

Aku tanya Mimi, siapa yang rajin nak turun untuk ambilkan gambar? Aku segan... Huhu.
Sekali Mimi bagitahu Fiqa dah turun. Dia suruh aku join Fiqa. Aku pandang bawah, ramainya orang.
Tapi akhirnya, aku turun jugak, elok je dapat tempat sebelah Fiqa. 
Betul-betul depan pentas. Depan Maher Zain!
Tangan terus jadi sejuk, terus menggigil-gigil. Hahaha. Aku try snap, tak menjadi. Semua shaking.
Aku try lagi dan lagi dan lagi. Semua tak jadi!
Aku pandang Fiqa yang tengah merakam, dia senyum pandang aku.
Sekali terperasan seseorang kat sebelah Fiqa. Lelaki.


Gambar paling teruk aku pernah tangkap! Grrr

dari kiri: Eid (tudung pink purple jubah hitam), sebelah dia aku xkenal, aku (baju biru laut tudung hitam), Fiqa (baju ungu tudung krim) sebelah Fiqa, akhi Fairuz.

" Akhi Fairuz!" Dia buat tak tahu. Aku agak dia tak dengar sebab dia tengah tangkap gambar. 
Tapi rupanya dia dengar. Effect dia lambat sikit agaknya... Huhu.
" Kenal tak?" Aku tanya. Tapi masa tu kalau dia cakap dia tak kenal aku pun tak kisah.. Sebab gelap, lampu atas pentas yang menghala Maher Zain dan Wardina Safiyyah je yang bernyala. 
Kurang nampak sikit kalau muka nak berubah warna pun... Wahahaha.
Dia pandang muka aku sekali imbas kemudian menghadap ke depan balik. " Kenal... Fira.." Erk.. wahh. Orang glamour kenal i lah! Haha.. tak boleh blah! Aku senyum je. Tak tahu dah nak cakap apa. 
Lagipun dia macam busy snap-snap gambar. 
Dan aku pun mencuba jugak snap gambar tapi asyik tak menjadi. 
Tangan masih menggigil. 
Betullah aku excited nampak Maher Zain. 
Paling best, ada beberapa perkataan dalam Bahasa Melayu yang Maher Zain pandai sebut. 
Seperti "Siapa nama anda?", "satu, dua, tiga", dan ayat paling best yang hampir semua peminat dia tahu dan suka ajuk ialah "baguuuusssssssss" hehehe.. sebab sebutan hujung dia panjang... haha


akhi Fairuz
Dah nak nangis tangkap gambar MZ tak pass2, dpt tgkap gmbr admin MZM-fc pun jadilah.. huhu

Lepas tu aku nampak Fiqa cakap apa entah dengan akhi Fairuz, aku tak dengar sangat tapi yang aku dengar akhi Fairuz cakap, " nanti tanya Fira," aku terus pandang Fiqa
Aku buat muka tanda soal <- sila bayangkan muka tanda soal itu ok! haha.
Fiqa mendekat pada aku. Lengan aku dia pegang. Pehal lak minah ni?
" Dia ni admin Maher Zain Fan Club ke?" Perlahan je Fiqa tanya. Separuh berbisik. Aku angguk.
Sekali makin kuat minah tu cengkam tangan aku. 
" Waaa tak sangkanya dapat jumpa dia jugak!!!" Fiqa tersengih. 
Akhi Fairuz, saya rasa orang lebih minat awak kot daripada Maher Zain.. Hahaha.
"Akhi, ni ha ada peminat fanatik kat sini," Fiqa sengih je dengar aku cakap macam tu. 
Merah-merah muka dia yang putih merah tu bila ketawa.
Yang kelakar, kalau ingat balik situasi ni, kitorang ni sama-sama peminat Maher Zain tapi bila Maher Zain ada kat depan mata sempat pulak tu berborak bertiga... Hahaha..

Maher Zain ada bagitahu tentang dia dah rakam lagu Insha Allah versi Melayu. Waa best! Kemudian Wardina tanya macam mana ayat " Insha Allah your find your way" tu kalau ditukar ke dalam bahasa Melayu?
Kemudian Maher Zain balas " Insha Allah ada jalannya.." wahhh..bersorak semua. Bestnya dapat jumpa dia!
Kemudian dia bagitahu sekali tentang Konsert Jelajah dia akan berlangsung pada 25 Februari depan.
Di Stadium Melawati, Shah Alam. Uishh macam best jek! Nak join! Nak join! :(

Dahlah dia ramah sangat. Betul, tak sama langsung dengan yang media war-warkan memburuk-burukkan dia. Habis program bersama Maher Zain, baru pihak Raudhatus Sakinah bagitahu yang sebenarnya Maher Zain tak dijemput khas pun untuk hadir pada malam tu tapi sebab sayangnya Maher Zain pada Raudhatus Sakinah, dengan rela hatinya dia hadir program tu walaupun untuk seketika. Tapi aku masih rasa aku berada di alam mimpi. Lagi-lagi sampai ke sudah aku berkampung kat bawah pentas tu dengan Fiqa.. Haha. Lagi seronok dapat tengok dekat-dekat. Lagi best kalau dapat bergambar bersama tapi itu bukan sesi meet the fans yang boleh bergambar, yang boleh dapatkan signature. Tapi kalau boleh, aku tak nak signature, aku nak bergambar. Barulah boleh jadikan bukti kukuh aku memang jumpa dia!.. hihi Tapi memang tak dapek lah..

Maher Zain!!!


Nyanyi bersama peminat. bestnya!
p/s: gambar tak blur di atas adalah ehsan dari page ABJZ.. huhu

Airmata keinsafan...

Selesai sesi bersama Maher Zain, bersambung pula ke ABJZ Talk Show.
Ok, part ni kena serius sikit. Dah tak boleh nak gelak-gelak macam tadi.
Serius semua *ok, dah nampak muka serius korang, ada yang berkerut-kerut dahi lagi.. teehee*

Wardina sebagai pengerusi majlis menjemput Dr Harlina Siraj dan Puan Rosmawati selaku pengarah di Raudhatus Sakinah untuk memulakan majlis bual bicara.

Wardina, Dr Harlina Siraj & Ummi Rose




Memang banyaklah input yang dibincangkan.

Terkejut dengar statistik anak yang lahir tanpa bapa dari tahun 2000 hingga 2010.
Tahu berapa ramai? 250,000 orang bayi yang lahir. Wow! Subur-subur rupanya semua lelaki dan perempuan Melayu ni yek? Mungkin diorang pandai pilih time nak buat kot... -___-" Memalukan betul!
Dan ramai daripada mereka yang akan bersikap murung selepas melakukan seks terlarang ini.
Bengong kan? Time buat tak nak pulak fikir akibat-akibatnya. 
Bila dah buat, baru nak sedar bahana-bahana yang datang menimpa.
Yang lelaki bestlah tak nampak effect, yang teruknya perempuan, perubahan fizikal boleh nampak.
Tapi yang salahnya tetap dua-dua. Yang meminta salah, yang memberi pun salah. Sengal~

Kemudian perbincangan diselang - selikan dengan persembahan Saff-One dan Aisyah.
Wahh bestlah! Lama dah tak dengar lagu Saff-One.
Paling best lagu Jendela Hati sebab dia mintak kitorang ramai-ramai nyanyi tang korus tu.
Best sangat nyanyi ramai-ramai macam tu. Lagu dia best, lirik dia best.
Semua sporting, memang seronok!
Saff-One tampil dengan dua buah lagu Jendela Hati dan Sandaran Hati.

Saff-One


Ibu Aisyah pula dengan tiga buah lagu, Doa Nabi Zakaria, lagu terbaru dia; Anak, dan lagu Syurga Ditelapak Kaki Ibu. 
Lagu Anak sedih aku dengar. Tentang tunjang kekuatan seorang ibu adalah anak-anak dia.
Memang Ibu Aisyah tujukan untuk anak-anak dia.

p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...

Masa dia nyanyi lagu tu teringat Ummi.
Teringat setiap malam tahun baru, kitorang 1 family berkumpul depan TV untuk sama-sama countdown.
Tapi bukan countdown untuk sambut tahun baru tapi untuk ramai-ramai wish;

" HAPPY BIRTHDAY, UMMI!!!"

Yup, tarikh lahir Ummi ialah 1 Januari. Jadi tiap-tiap tahun orang sibuk sambut tahun baru, 
kitorang pulak sibuk jugak untuk celebrate hari lahir Ummi :')
Jadi malam tu aku banyak terkenangkan Ummi. 

Owh ada yang tak tahu ye aku tidak memanggil Emak @ Mak pada ibuku tapi aku panggil dia Ummi.
Ayah pula dipanggil Walid <- teringat dulu ada kawan ingat Walid ialah nama my boyfriend.. hahaha..
Nenek sebelah Ummi dipanggil Jaddah.
Atuk sebelah Ummi dipanggil Jad.
Kan dah bagitahu aku ni ada darah Arab, tulah siapa suruh tak nak percaya. Huhu...

Ok, lontarkan kembali imaginasi anda ke auditorium.
ABJZ Talk Show masih belum tamat.

Bulu roma aku mula meremang apabila Dr Har dengan suara yang hampir menangis tu menyeru;
" Ya syabab! Ya rijal!" Aku tak tahulah lelaki-lelaki yang ada tu terkesan ke tak dengan seruan tu.
" Jadilah pelindung kami. Kami ni (perempuan) untuk dilindungi! Dan kamulah yang layak untuk menjadi pelindung kami!"
Memang bergenang airmata aku masa tu. Berapa ramai lelaki kat luar sana yang pernah terfikir dia dicipta sebagai pelindung wanita? Berapa ramai? Aku rasa tak ramai...
Tapi masa tu seperti mahu memeluk Dr Har, mahu mengucapkan terima kasih atas seruan itu.

Kemudian paling sedih bila Wardina dalam esak tangisnya dia berkata,
" Kalaulah saya remaja ketika ini dan bersama-sama berada di sini..."
Memang makin mengalir airmata aku.
Ya, Wardina juga pernah tersilap langkah suatu waktu dahulu.
Dan Alhamdulillah, Tuhan kembalikan dia pada jalan yang benar.
" Saya bersyukur sebab saya memiliki suami yang baik,
anak-anak yang baik..." Aku mengucap alhamdulillah untuk Wardina, aku juga mahu miliki apa yang dia telah miliki itu. Dan aku teringat kisah ini (klik sini untuk selanjutnya)
Airmata mengalir tapi syukur tak menderu-deru. 
Kalau banyak airmata aku mengalir, bermakna aku bakal memalukan diri aku sendiri. 
Sebab mata aku mudah bengkak kalau airmata banyak keluar tapi malam tu walaupun sedih teramat alhamdulillah airmata masih mampu aku control. Satu pencapaian yang menakjubkan bagi aku! Syabas, Fira Hilwa! :)

Ummi Rose sering ulang pesan. Jangan serahkan diri bulat-bulat pada lelaki bukan mahram.
Kadang dia saja nak main-main je. Lepas dapat dia akan tinggalkan.
Dan surah An-Nur ayat 26 sering diulang-ulang sebagai peringatan.

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik."

Aku benar-benar bersetuju apabila Ummi Rose cakap zina besar terjadi daripada zina kecil.
Zina kecil ialah perkara yang kita nampak mudah.
Mula-mula wujud perasaan sayang, jadi rindu-rinduan.
Kemudian berdating. Pegang-pegang tangan.
Berpelukan. Akhirnya bercium dan last sekali melakukan hubungan seks!
Tengoklah! Daripada perkara yang kita anggap remeh, yang kebanyakan dari kita anggap ianya tak berat mana, tengok effect dia. Semuanya terjadi daripada sentuhan kecil.

Dan pesan Wardina. Jangan biarkan lelaki sentuh kita.
Kalau ada lelaki yang sentuh kita konon dengan niat dia sayangkan kita sebenarnya dia tak sayangkan kita.
Sebab kalau dia sayang kita dia takkan sentuh kita dan takkan bawa kita ke neraka.
Tapi dia akan bawa kita ke syurga!
Tapi Kak Dina, ada ke lelaki macam tu? Saya tak nampak... Tak jumpa pun... T___T
Saya jumpa watak-watak tu dalam novel je macam Ejim (Semangat Hutan), Haris Fadhilah (Keranamu Ain),
Fahri (Ayat-Ayat Cinta), Khairul Azzam (Ketika Cinta Bertasbih), Din (Jaja & Din) dan yang latest Amir Mukhlis (Warkah Cinta Berbau Syurga). Yang realitinya saya tak jumpa.
Mungkin orang lain dah jumpa dulu....... *nangis*

"Jadilah perempuan yang suka jual mahal. Jual mahal-mahal pun takpe. 
Biar dia rasa susah nak dapat kita!"
Yeahhh i like this, Kak Dina!!! 
Dulu selalu orang cakap kat aku, 
" kau juallah mahal-mahal sangat, kalau orang tu tak nak kau dah, 
jangan sampai kau terhegeh-hegeh kat dia" dan ayat ni pernah menjadi ayat trauma pada aku.
Hampir semua orang yang aku jumpa yang tahu ada lelaki suka pada aku, dan aku terpaksa menolak,
pasti aku akan disogok dengan kata-kata ni. Sampai aku menangis, sebab takut takde siapa dah yang akan nak kat aku.
Tapi aku bersyukur selama aku menjual mahal, tiada satu pun lelaki yang buat aku terhegeh-hegeh pada dia balik. Belum pernah ada dan aku harap TAKKAN pernah ada!
Malah aku bersyukur kerana lelaki-lelaki itu sebenarnya belum layak untuk menjadi pelindungku,
belum layak untuk menjadi pelindung zuriat keturunan ku kelak...
Semoga aku akan berjumpa orang yang layak itu suatu hari nanti.
Kalau tak jumpa kat dunia, insyaallah mahu jumpa di akhirat nanti :)

Yang kelakar masa Wardina yang tengah menangis tu menjemput dua orang untuk naik ke pentas untuk berkongsi pengalaman.
Seorang fasi perempuan dan seorang trainer lelaki.
Kemudian dia bertanya pada fasi perempuan;
"Menangis tak?" Si fasi menggeleng. Dan Wardina cakap, "bagus, orang perempuan ni kalau dia jumpa yang menangis lagi bersambung tangisan dia," hahaha.. betul tu, Kak Dina! 
Pertama yang itulah, pabila perempuan menangis berjumpa dengan perempuan lain yang menangis, tangisannya makin bertambah.
Keduanya pulak, pabila perempuan menangis jangan ada yang cuba bertanya perihal kenapa dia menangis ketika dia sedang menangis, itu pun bakal mengundang tangisan yang lagi kuat.
Tunggu dia dah berhenti menangis baru boleh bertanya..
Berguna tak petua aku bagi ni? Berguna kan? Kerana aku juga wanita seperti anda.. Teehee..

Last sekali kitorang ramai-ramai berikrar untuk jauhi zina!


Dr Harlina (tudung biru), Ummi Rose (tudung krim)


Dan yup! Kami yang mengikuti program ini ialah orang-orang yang bertuah.
Yang Allah pilih. Yang Allah tak pilih macam adik-adik aku dua orang itulah.
Berdaftar sama-sama tapi last minit tarik diri (maaf ye, dik. Kakakmu ini mencontohkan kalian je senang. Kalau nak kecik hati pun adik beradik sendiri... haha).
Dan memang aku mohon pun semoga Allah permudahkan aku untuk ikut program ni.
Sebab hati aku ni dah terlalu dahagakan program kerohanian macam ni.
Last join pun masa tahun 2004, dah lama kan?
Dan sesungguhnya Dia Maha Mendengar =)

Sebenarnya, nak bercerita bahagian yang ini terlalu banyak.
Pinggang aku dah mula sakit sebab duduk terlalu lama untuk menaip entri ni.
Otak pun bercerita apa yang aku ingat je.
Kalau ada yang ikut program ni kemudian dialog aku tu bercanggah dengan apa yang dia dengar,
maafkan jelah aku ni, aku tak pernah mencatit dahulu sebelum menaip di blog.
Apa yang aku cerita kat blog itu adalah ayat yang keluar dan-dan tu jugak.
Tak kuasa nak merujuk mana-mana. Ikut suka aku je. Dah nama pun belog aku.

Lepas habis di auditorium.
Kami dijemput untuk makan malam.
Wahh tepat pukul 12 tengah malam ketika kami keluar auditorium itu.
Terdengar bunyi letupan bunga api di luar bangunan.
Sempat wish selamat tahun baru pada ahli kumpulan dan entah sesiapa saja yang lalu lalang depan aku.
Kemudian fasi kitorang panggil untuk ambilkan air dan makanan.
Aku menunggu giliran untuk ambil air.
Tengah tunggu tu, sekali akhi Fairuz yang ada kat situ menegur aku.
Kemudian dia tanya aku kenal tak Eid. Aku geleng.
Lepas tu dia panggil Eid. Dan kat situlah aku kenal Eid.
Eid pun macam blur-blur je bila dikenalkan macam tu.
Bila dia ngaku dia kenal aku pun aku nampak muka dia bagitahu dia tak kenal tapi terpaksa cakap kenal... Bhahaha...
Dalam berpuluh-puluh ribu ahli MZM-fc, berapa kerat je kot yang aku kenal.
Tak ramai pun... lagi-lagi lepas aku leave group yang Kak Reena MZM-fc tubuhkan,
memang tak ramailah yang aku sempat kenal dalam tu.
Ni pun sekarang dah malas nak join mana-mana group.
Nak masuk group ghimo pun untuk topik-topik penting je. Malas dah...
Tahun baru 2011 ni banyak azam aku. Terlalu banyak. Tapi aku yakin aku mampu laksanakan.
Sebab azamnya tak sesusah mana, cuma perlukan kekuatan iman je.
Insyaallah, i will do it!!! Tapi tak naklah jadi macam Melodi;
Kurangkan kotroversi, tingkatkan prestasi tapi aku dok tengok kontroversi nya bertambah-tambah.
Prestasi yang nak ditingkatkan pun entah mana-mana. Itu namanya cakap tak serupa bikin!
Aku tak nak jadi macam tu!


Qiamullail bersama Imam Muda Azhar! 

Malam tu balik tempat tidur, dalam pukul 12 lebih aku pergi mandi.
Serius tak selesa nak tidur dalam keadaan macam tu. Melekit!
Tunggu punya tunggu giliran alih-alih nak dekat 1jam aku tunggu giliran nak masuk toilet.
Aduss! Last-last Moon pun tinggalkan aku kat toilet tu.
Lepas mandi konon nak tidur.
Sekali pusing ke sana, pusing ke sini, mata segar je.
Kepala otak berputar segala macam kata-kata nasihat dari Ummi Rose dan Dr Harlina.
Aku cuba pejam mata, nampak bayang Maher Zain! Ops! Haha.
Tapi tetap tak boleh tidur, maka aku terpaksa buat-buat tidur.
Dalam tengah-tengah malam tu dengar je suara orang berbual tapi tak pasti siapa sebab masa aku melangkah masuk untuk tidur aku nampak semua orang tengah tidur. 
Mungkin suara orang yang baru keluar bilik air.
Aku tengok Moon tidur nyenyak je. Dan ternampak sesuatu yang dibuat penutup muka dia.
Sob sob... Sebenarnya itulah sebab aku tak dapat tidur, aku lupa nak bawa sesuatu untuk diletak pada muka.
Fiqa memang bestlah, siap bawak bantal bucuk lagi tu... Jeles tol!
Sudahnya sampai ke pagi aku tak tidur. Dahlah dengan sejuk mengigil-gigil sebab aircond kuat, tak tahu nak slow kan macam mana.
Sekali alarm henfon aku bunyi terlalu kuat sampai terbangun semua jiran sebelah menyebelah. Hehehe
Moon je macam liat sikit nak bangun.
Weihh serius aku jeles tengok korang dapat tidur!!!

Tapi pagi tu sepanjang buat qiam aku tak ngantuk.
Masa Imam Muda Azhar baca doa, dia siap menangis.
Dalam doa dia menyeru agar semua remaja yang berpesta pada malam tahun baru tu
dibukakan pintu hidayah.
Dalam kita tak sedar, dalam kita seronok menikmati kenikmatan dunia, 
sebenarnya ada yang menangis memohon pada Allah supaya kita diberi hidayah untuk bertaubat.
Korang tak terharu ke ada orang doakan untuk korang?
Tak terharu ke dalam solat malam ada manusia-manusia yang mendoakan Allah rahmati korang?
Tak terharu ke? Kalau aku, aku terharu. Jahat-jahat macam ni pun ada jugak yang nak mendoakan.
Beruntung, kan???




Aku tengok orang lain semua dah tesengguk-sengguk.
Yang lelakinya kalau duduk tu, kolar baju melayu je yang nampak, lehernya entah tenggelam ke mana..
Yang perempuan pun sama.
Masa tu aku dah tak jeles, malah aku nak orang yang jeles kat aku.
Nak je cakap, "tengoklah! Mata aku segar bugar! Tak ngantuk!" Hahaha.. Jahat!!
Masa dengar ceramah pagi lagilah ramai yang tidur.
Tapi ustaz ni best sikitlah walaupun dalam ceramah dia tak habis-habis dengan Maher Zain,
" Kita ni, baru jumpa Maher Zain belum lagi jumpa Nabi Yusuf. Hensem Maher Zain tu kan?
Tapi kalau Nabi Yusuf entah macam mana pula kalau kita jumpa dia. Siap ada yang terpotong jari lagi kerana terlalu leka melihat ketampanan Nabi Yusuf. Kalau Nabi Muhammad tu pun kalau kita dapat jumpa.. haii.. macam mana lah perasaannya.." Dan aku menjawab perlahan, " mestilah berbunga-bunga hati.."

Dan masa ustaz tu cakap malam tadi ada serbuan pencegahan maksiat oleh jabatan agama Islam, tiba-tiba Fiqa yang mengantuk itu bertanya pada aku, "kenapa ramai orang berani berzina? Zina tu kan dosa, dah tu takde manfaat apa pun. Tapi ramai lagi remaja-remaja yang nak buat macam tu. Peliklah."
Dan jawapan aku senang je, " sebab diorang tengok kalau berzina setakat kena tangkap khalwat je. Paling-paling pun kena masuk penjara, kena turun naik mahkamah tu je. Cuba kalau diorang kena tangkap masa tengah berzina tu dan hukumannya ialah rejam mesti diorang takut punya nak buat. Sepatutnya negara kita ni buatlah hukum hudud dan hukum hudud tu dilaksanakan pada orang Islam sahaja, mesti takde siapa dah berani nak buat perkara-perkara bodoh macam tu..." selamba aku bagi pendapat. Lantak orang nak terima ke tak. Fiqa mengiya kan apa yang aku cakap tu. Moon diam je sebab dah mengantuk sangat...

Kemudian Fiqa bagitahu muka aku ni dia macam pernah nampak.
Hmm... aku dah biasa dengar ayat tu, aku siap cakap.
" Dalam dunia ni kan ada 7 pelanduk serupa? Tapi akak dah dengar ayat yang sama lebih dari 7 kali.
Lebih dari 10 kali jugak. Moga panjanglah umur akak ni..." Hahah..
Familiar sangat ke muka aku ni? Kang jangan pulak ada lelaki nak dengan aku sebab muka aku sama dengan muka arwah bini la, ex gf dia la, muka macam anak dia lah, apa la... Urghh! Ingat novel ke hape? Huhu...


Majlis penutup dan cintanya Rasulullah pada kita

Pukul 7.15 pagi ceramah tamat.
Dan ada pengumuman bagitahu perlu berkumpul balik pukul 9.15 pagi untuk majlis penutup.
Maknanya ada masa 2jam untuk buat aktiviti bebas.
Lepas sarapan nasi lemak dengan rendang daging (sedapnyaaa... lapo la pulak!)
Aku tak tahu nak buat apa. Pergi toilet kejap. Masuk bilik tu nampak Fiqa tengah kemas beg.
Habis kemas elok je dia datang kat tempat aku dan Moon duduk.
Dia letak bantal busuk dia, dan dia baring.
" Sajalah tu nak suruh kita macam dia." Kata Moon. Fiqa tersengih. 
" Aku dah mulalah ngantuk ni." Moon mula menjeling Fiqa. Minah tu terus mencium-cium bantal dia.
Sabar jelah!
" Psiko lah dia ni!" aku pun pandang Fiqa, makin seronok dia mengusik.
Alih-alih aku ambil beg aku terus buat alas kepala dan baring! Memang tak tahan godaan betul.
Dan entah macam mana kitorang bertiga tertidur...
Aku dah tak ingat apa dah. Yang aku ingat budak group mana tah borak kuat-kuat kat sebelah aku tidur, siap langgar aku lagi. Aku terjaga jap, dan sambung tidur balik. Tapi memang bukan budak group aku.
Malas nak layan. Layan mata yang tak tidur semalaman lebih baik. Ngeh-ngeh.

Hampir pukul 9 kitorang terjaga.
Fuhhh memang nikmatlah dapat tidur sekejap. Hahaha.
Bangun tu terus kemas tempat ktorang tidur tu kembali ke bentuk asal.
Habis kemas, terus beratur untuk ke auditorium balik sempena majlis penutup.
Sementara tunggu Fiqa hantar barang ke kereta dia, kitorang bergambar!

Illi (tudung hitam belakang aku), Mimi (tudung labuh), tudung merah tu lupa nama dia..huhu

Tadaa.. Fiqa datang balik!
Sampai auditorium,
mula-mula tu kitorang buat senaman.
Best sangat! Hepi giler masa tu!
Macam-macam jenis senaman kitorang buat.
Hahaha.. seronok jadi budak-budak balik!
Dan kepalanya ialah AO. Rina, kau jangan ingat Versus je ada AO,
RS pun ada AO tau... hehehe

Aku, Fiqa dan fasi kitorang; Halimah

AO kanan sekali

Lepas habis senaman, Ummi Rose mula memberikan ucapan.
Suka dengar cara Ummi Rose bercakap.
Lembut... Bernada lagi...
Tu yang bila dia nangis, boleh join nangis sekali tu. Huk huk.

Mula-mula tu aku ok lagi. Moon lah yang aku nampak dok kesat-kesat airmata.
Tapi bila tiba-tiba dapat tahu Rasulullah pun sebenarnya cintakan kita, 
baginda rindu untuk bertemu kita semua ni di akhirat kelak, 
terus ikut menangis. Tak tahan dah masa tu.
Sebab rasa jahat sangat aku ni, nak ke nanti Rasulullah pandang wajah aku?
Mahu ke dia bagi syafaat pada orang macam ni? T___T
Dan pesan Wardina, perempuan dan perempuan menangis jangan bagi nampak,
kang lagi tambah nangis so seboleh mungkin aku tak nak pandang Moon, dan orang sebelah menyebelah aku. Semua tengah menangis masa tu.

Lagipun aku teringat video ni...

p/s: sebelum 'play' mana-mana video dalam blog ni, sila klik 'pause' pada MP4 disebelah kanan supaya ianya tidak mengganggu penghayatan anda...


Sedih, kan??

Bagi aku, Raudhatus Sakinah dah melakukan program yang terbaik untuk remaja (Moon, kita ni kategori remaja lagi ke? Haha).
Terlalu banyak pengisian walaupun hanya dalam tempoh masa 1 hari je.
Sampai ke sudah Moon cakap tak nak balik. 
Aku cakap, kalau macam tu bolehlah kau mohon masuk Raudhatus Sakinah lepas ni.
Tergelak dia... heheh...
Dan aku terbaca kat post group ABJZ, diorang cakap program kitorang ni bakal muncul kat kaca TV RTM Jumaat ni. Tapi tak tahu pukul berapa. Hoho.. Nak tengok ke?
Malulah i.. kalau ada muka i~ tak chantekkk...Hiks!

Oklah, aku rasa setakat ni kot cerita yang ada...
Dah terlalu panjang aku menaip. Bukan ada yang sanggup nak baca panjang-panjang tu pun...
Syok sendiri je menaip ni.. hahaha

Kalau ada yang terasa hati dengan posting ni, aku mintak maaf banyak-banyak.
Kalau nak tegur sebab tak puas hati sila PM di bukuwajah ok! :)


3 bicara tanpa suara:

airina berkata...

1-Jealous
2-Cemburu
3-Waaaaaaaaaa

Indahnya penghujung tahun & tahun baru kau! Gila mana tak jealous hahaha
Dah lah jumpa MZ, Wardina & Iman Muda Azhar... aduyaiiiiii nak juga hik3 lalala5 :P

Opps, AO pun ada ya? Ada gaya AO Versus ke? kih5

Selamat tahun baru fira! Moga azammu tercapai

Fira hilwa berkata...

@airina yup, kalau aku xpergi pn aku msti akn cmburu... alhamdulillah, semuanya DIA yg aturkan, rina.. aku hanya merancang je.
syukur3.. alhamdulillah3 :17 Memang indah sgt2!

AO versus? ada kot.. teehee..
tp ble dgr ada yg pgil dia AO pnt aku perah kpla otak ni mn aku dgr nm AO, skali tringat novel versus! hahah

Selamat tahun baru utk ko jugak, rina.
semoga tercapai sgala impian kita.. ameennnn... dan harus yakin pada DIA, insyaallah DIA akn beri yg tbaik pd kita :15

Mohammad Aiman berkata...

tahukah anda, kamera yang akhi dok pegang selalu itu, kamera aku?
haha..

akhi jahat tuh. die amik kamera orang.. haha.. :)

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Catat Ulasan

Sila beri komen yang bermanfaat kepada manusia sejagat, agama, bangsa & negara :)

Ikut via FB